Yehoyaqim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox saint |name=Yehoyaqim (Imran) |birth_date=100 tahun sebelum Masihi, tidak diketahui harinya |death_date=unknown |feast_day=26 Julai 26 (komuniti...'
 
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
'''Yehoyaqim''' ({{IPAc-en|ˈ|dʒ|oʊ|.|ə|k|ɪ|m}}; "dia yang telah Allah tetapkan", [[Hebrew language|Hebrew]]: יְהוֹיָקִים ''Yəhôyāqîm'', [[Greek language|Greek]] Ἰωακείμ ''Iōākeím'') adalah suami [[Hana]] dan bapa kepada [[Maryam]] bonda [[Nabi Isa a.s.]], hal ini seperti mana yang menjadi kepercayaan Gereja Katolik, Ortodok Timur dan Anglikan. Cerita mengenai Yehoyaqim dan Hana diketemukan dalam teks apokrifal [[Injil James]]. Walau begitu, nama Yehoyakim dan Hana tidak disebut dalam Injil.<ref>Ronald Brownrigg, Canon Brownrigg ''Who's Who in the New Testament'' 2001 ISBN 0-415-26036-1 page T-62</ref>
 
== Pandangan Islam ==
Maryam merupakan seorang perawan wanita suci yang berada dalam "Keluarga Imran" ([[bahasa Arab]]: '''آل عمران''') Surah yang ketiga dalam [[Al-Quran]]. ''Imran'' adalah individu penting menurut Islam yang disebut [[Amram]]. Islam juga menekankan "Imran" adalah bapa kepada [[Nabi Musa]] dan [[Nabi Harun]] dan juga merupakan moyang keturunan Maryam dan Nabi Isa a.s.
 
Terdapat dua individu berbeza menurut pandangan Islam tentang Imran:
* "[[Amram|Imran]], moyang keturunan kepada Maryam, juga disebut Amran
* "Imran, bapa kepada Maryam, iaitu Yehoyaqim
[[File:Grave Nabi Imran,Tomb of Mary,Jerusalem.JPG|thumb|right|Maqam Nabi Imran, [[Maqam Maryam]], Jerusalem]]
 
Abu Talib, bapa saudara Nabi Muhammad (juga bapa kepada Ali), juga digelar sebagai Imran.
 
Dengan merujuk kepada Al-Quran 19:28, mufassirin ilmuan Islam terkenal [[ibn Kathir]] berependapat dalam karyanya [[Tafsir ibn Kathir]] menyebut; "(Wahai saudara Harun!) Ini bermaksud, "Seorang yang mencontohi Harun (Aaron) dalam ibadahnya.''... (Wahai saudara Harun!) merujuk kepada saudaranya Musa, kerana merupakan susur keturunan dari Musa yang dari kalangan Bani Israel. Ini sama juga pernyatan, Wahai saudara Tamim, kepada seseorang dari kalangan puak kabilah Tamimi, dan wahai saudara Mudar, seseorang dari puak Mudar. Ia juga disebut sebagai seorang yang sangat benar sebaik Nabi Harun khususnya dalam beribadah."<ref>{{cite web|url=http://www.qtafsir.com/index.php?option=com_content&task=view&id=2684&Itemid=75 |title=Quran Tafsir Ibn Kathir - Maryam with Al-Masih before the People, Their Rejection of Her and His Reply to Them |publisher=Qtafsir.com |date= |accessdate=2013-11-03}}</ref>
 
Yehoyaqim/Imran, dianggap oleh [[Muslim]] sebagai bapa kepada Maryam, ibu Nabi Isa, juga merupakan salah seorang dari Rasulullah bersama dengan [[Nabi Zakaria]] sebagai penggantinya. Menurut tradisi, isteri Yehoyaqim atau Imran adalah '''Hanna'''.
==Rujukan==
<references/>