Adik Manja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 30:
Filem Adik Manja diarah oleh pengarah Othman Hafsham pada [[Filem Malaysia tahun 1980|1980]]. Lokasi pengambaran Institut Sri Ilmu adalah di [[Sekolah Seri Puteri]], Jalan Kolam Air,Kuala Lumpur. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM3.5 Juta dan memegang rekod kutipan filem tertinggi selama 14 tahun sehingga rekod kutipan filem ini dipecahkan oleh filem [[Sembilu]] pada tahun 1994.<ref> https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Senarai_filem_Malaysia_berdasarkan_kutipan</ref>
 
==RingkasanSinopsis==
Adik Manja mengisahkan Cikgu Azmi yang diterima masuk ke Institut Sri Ilmu iaitu sekolah berasrama penuh perempuan yang pertama kali menerima seorang guru lelaki untuk mengajar disitu.Dalam perjalanan ke Institut Sri Ilmu, Cikgu Azmi pergi ke klinik. Di klinik itu Cikgu Azmi telah diberikan seorang bayi lelaki oleh seorang perempuan. Cikgu Azmi terpaksa membawa bayi itu bersamanya kerana perempuan itu tidak memgambil semula bayi itu. Cikgu Azmi melakukan pelbagai helah untuk menyembunyikan bayi itu daripada pengetahuan pihak institut. Malangnya,rahsia itu telah diketahui oleh pelajar-pelajar institut itu. Namun, pelajar-pelajar tidak melaporkan hal itu pada pihak institut tetapi mereka membantu Cikgu Azmi menjaga bayi itu bersama seorang lagi guru perempuan iaitu Cikgu Sharina yang juga rakan sewaktu Cikgu Azmi kecil.