Buku elektronik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Shanana123 (bincang | sumb.)
Baris 37:
=== 2013 ===
Perpustakaan Negara Malaysia memperkenalkan perkhidmatan muat turun buku percuma untuk rakyat Malaysia. Cara yang mudah untuk muat turun buku adalah melalui laman web http://mags.celex.com.my. Celex adalah satu inisiatif antara Perpustakaan Negara Malaysia dan Multimedia Development Corporation yang bertujuan untuk memperluaskan penggunaan ICT di kalangan rakyat. Inisiatif Celex diterajui oleh syarikat [http://www.celexmedia.com Celex Media Sdn Bhd], yang juga memainkan peranan untuk mendirikan sistem buku digital (juga dikenali sebagai [http://www.celexmedia.com/product/digital-library/ perpustakaan digital]) di perpustakaan-perpustakaan awam dan persendirian di seluruh negara.
 
Perpustakaan Negara Malaysia juga memperkenalkan Pangkalan e-buku ELIB yang dibangunkan oleh syarikat Xentral Methods, [http://www.pnm.elib.com.my www.pnm.elib.com.my]. Pangkalan e-buku ini adalah repositori digital pertama yang membekalkan e-buku Malaysiana, dan mempunyai trafik Google tertinggi pada pangkalan digital perpustakaan.
 
=== '''2014''' ===
Pada April 2014, Bahagian Buku Teks Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia dan syarikat Xentral Methods Sdn Bhd membangunkan e-buku berinteraktif pertama dalam bentuk buletin untuk subjek Sejarah Tingkatan 4 dan 5.<ref>https://play.google.com/store/apps/details?id=com.esentral.kpm</ref>
 
=== '''2015''' ===
September 2015, Portal e-buku e-Sentral membekalkan e-buku melalui teknologi bluetooth beacon yang pertama untuk penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.<ref>http://www.beritaharian.sg/dunia/pinjam-e-buku-di-klia</ref>
 
Pada Oktober 2015, Dewan Bahasa & Pustaka bekerjasama dengan Xentral Methods untuk menerbitkan tiga buah buku teks digital berinteraktif yang pertama di Malaysia iaitu subjek Sains Tahun 6, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 6 dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Masalah Pembelajaran) Tahun 6.
 
== Kelebihan ==
Baris 46 ⟶ 56:
 
E-Buku memerlukan perkakasan tambahan bagi dibaca, terutamanya peranti elektronik untuk memaparkannya (dan bekalan elektrik). Peranti sedemikian mungkin mahal. Tambahan lagi kebanyakan e-Buku memerlukan aturcara khas bagi memaparkannya, yang mungkin tidak tersedia secara mudah atau serasi dengan peranti komputer kini. Disebabkan e-Buku bergantung kepada perkakasan lain untuk dibaca, ia mampu terjejas disebabkan kegagalan perkakasan perkakasan atau perisian, seperti kegagalan cakera keras atau serangan virus.
 
Oleh kerana e-buku memerlukan [[elektrik]], kegunaannya bererti peningkatan penggunaan elektrik bagi membekalkan kuasa kepada komputer, skrin dan cakera keras. Selain itu, bateri yang digunakan bererti lebih banyak bahan beracun berakhir ke dalam sistem pelupusan sampah. E-buku juga yang terdapat dalam pelbagai format yang mungkin tidak lagi dapat dibaca di masa akan datang apabila berlaku pertukaran format. Sebagai contoh, berapa banyak perisian masa kini yang masih mampu membaca dokumen yang ditulis dengan menggunakan perisian WordStar.
 
Teknik pengurusan hak digital boleh digunakan bagi menghadkan apa yang boleh dibuat oleh pengguna dengan e-Buku. Sebagai contoh, adalah tidak mungkin mengalih hak e-buku kepada orang lain, sungguhpun transaksi sedemikian biasa dengan buku fizikal. Sesetengahnya pula menghubungi pelayan asal bagi menjejak pembaca dan tabiat membaca, atau menghadkan pecetakan.