Atharva Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 32 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q236092
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
'''Atharvaveda''' ([[Sanskrit]]: अथर्ववेदः, ''{{IAST|atharvaveda}}'', iaitu kata majmuk [[tatpurusha]] yang terdiri daripada ''[[atharvana|{{IAST|atharvan}}]]'', seorang [[Rishi]] purba, dan ''[[veda|{{IAST|veda}}]]'', yang bererti "knowledge") merupakan salah satu kitab suci [[agama Hindu]] dan salah satu daripada empat [[Veda]] yang sering bergelar "Veda keempat". Atharvaveda terdiri daripada 9 [[sakha (veda)|śākhā]] (resensi) iaitu: Paippalāda, Dānta, Pradānta, Snāta, Snauta, Brahmadāvala, Śaunaka, Devadarśani, dan Caranavidyā.
 
Veda ini juga dikenali sebagai ''Atharvana Veda, Atharvangirasa, Angirasa, Bhrgvangirasa, Bhrigu Vistara, Brahma Veda,, Bhaisajya Veda, dan Ksattra Veda.''
 
Perkataan 'Atharvan' mungkin berasal daripada 'athar' iaitu api, dan mungkin bermaksud, 'sami api'. Maka, Atharvan mungkin nama seorang Rishi purba yang 'membawa api dari syurga' dan memulakan upacara ritual korban di bumi. Kemungkinan, rishi-rishi daripada puak Atharvan, Angiras, Bhrigu, Atharvangirasa, dan Brahman adalah rishi-rishi yang mula-mula mendengar Veda ini. Maka, ia mendapat nama-nama lain sempena nama rishi-rishi itu.
 
== Keunikan Atharva Veda ==
Atharva Veda mempunyai beberapa keunikan yang membezakannya dengan Veda-Veda lain, terutamanya Rig Veda.
 
Veda ini lebih menumpukan kepada kehidupan di sini dan sekarang, berbanding kehidupan akan datang atau selepas kematian. Oleh itu, upacara ritual dalam Veda ini kebanyakannyaa adalah untuk mencapai hasrat kehidupan duniawi. Sebahagian besar Veda ini menyentuh tentang penyakit dan penawarnya, ritual untuk memanjangkan usia, ritual untuk memenuhi sesuatu hasrat atau keinginan, seni pembinaan, perdagangan, perniagaan, pentadbiran negara, ritual-ritual untuk menebus dosa, ilmu sihir, dan sebagainya.
 
Gaya sasteranya juga agak canggih berbanding tiga Veda yang lain. Maka, beberapa orang sarjana berpendapat bahawa Veda ini tidak diterima dalam kelompok Veda kerana menganggapnya sebagai sesuatu untuk 'orang ramai'. Namun, kepopularan Veda ini akhirnya telah memaksa pemimpin-pemimpin masyarakat untuk menerimanya sebagai Veda keempat dan memberikan sami-saminya kedudukan tinggi dalam upacara korban.
 
Atas alasan yang sama, Veda ini juga dianggap sebagai lebih muda berbanding Veda-Veda lain. Misalnya, C.V.Vaidya, seorang cendikiawan moden memberikanya tarikh antara 3000 hingga 2500 S.M. Namun, kronologi Veda adalah bidang yang amat sukar dan tidak mudah untuk menetapkan sesuatu tarikh yang tepat.
 
Atharva Veda, secara umumnya, mengandungi peraturan-peraturan pendeta, rumusan-rumusan sihir, kaedah-keadah perubatan, mantera-mantera, kuasa ghaib dan sihir-sihir untuk perlindungan diri
 
{{Hindu-stub}}