Yajur Veda: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
 
'''Yajurveda''' (Sanskrit: यजुर्वेद, ''yajurveda'', dari ''yajus'' bermaksud "mantera prosa") ialah [[Veda]] ketiga dalam himpunan kitab-kitab suci [[Hinduisme|HInduisme]]. Yajur Veda dikatakan telah wujud dari muka [[Brahma]] (Pencipta) yang menghadap selatan. [[Veda]] ini juga dikenali sebagai Adhvaryu Veda kerana peranan utamanya adalah dalam upacara korban Vedik, dan adhvaryu ialah ketua sami yang menjalankan upacara itu. Ayat-ayat suci [[Veda]] ini dikenali sebagai Yajus dan ia berbentuk prosa.
 
Terdapat dua bahagian utama [[Veda]] ini, yakni, Krishna Yajur Veda dan Sukla Yajur Veda. Lagenda popular mengenai pembahagian ini ialah:
 
== Pembahagian Yajur Veda ==
Terdapat sebuah lagenda popular mengenai pembahagian Veda ini kepada dua bahagian utama iaitu Krishna Yajur Veda dan Sukla Yajur Veda.
 
[[Veda Vyasa]] telah memberikan Yajur Veda kepada Vaisampayana. Pada suatu ketika, [[Vaisampayana]] telah melakukan dosa brahmahatya (dosa membunuh seorang Brahmin) disebabkan suatu kesilapan teknikal yang serius. Oleh kerana, Vaisampayana ketika itu telah terlalu tua dan uzur, beliau meminta pengikut-pengikutnya untuk menebus dosa itu. Kitab suci Hindu membenarkan penebusan dosa melalui wakil. Yajnavalkya, seorang pengikutnya, mungkin disebabkan keangkuhan, menawarkan diri untuk menebus dosa itu seorang diri. Ini menyebabkan pengikut-pengikut lain tidak berpuas hati. Perbuatan [[Yajnavalkya]] menyebabkan kemarahan Vaisampayana. Maka, Vaisampayana mengarahkan Yajnavalkya untuk memulangkan semula [[Veda]] yang diajarnya dan keluar. Yajnavalkya, kemudian, 'memuntahkan' Veda itu dalam warna gelap atau hitam. Pengikut-pengikut lain, menjadi burung tittiri dan memakan muntahan itu. Oleh kerana, ia berwarna hitam, ia dikenali sebagai Krishna Yajur Veda (krishna=hitam/gelap). Oleh kerana, burung tittiri memakannya, ia juga mendapat nama [[Taittiriya Samhita]].<ref> Swami Harshananda, A Concise Encyclopaedia of Hinduism, Vol.3 (2008) ms106</ref>