Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 114:
 
==== Uttarakanda ====
Beberapa tahun kemudian, pada suatu hari, [[Ramalan bible|Rama]] mendengar suatu berita buruk. Seorang dua penduduk Ayodhya telah mengutuk perbuatan Rama menerima kembali Sita yang telah menetap di rumah Ravana. Terperanjat dengan tomohan itu, Rama memutuskan untuk menghantar Sita ke hutan. Atas titah Rama, Lakshmana membawa Sita ke hutan dan meninggalkannya di sana.
Valmiki Muni menemui Sita yang hamil dan memberinya perlindungan di asramanya. Beberapa lama kemudian, Sita melahirkan putera kembar yang dinamakan sebagai Lava dan Kusa. Atas didikan Valmiki, mereka membesar di asrama itu.
Beberapa tahun kemudian, Rama menjalankan upacara korban Aswamedha di hutan Naimisha. Valmiki membawa Lava dan Kusa ke upacara itu untuk menyanyikan Ramayana yang dikarangnya. Rama menyedari bahwabahawa Lava dan Kusa adalah putera-puteranya sendiri. Rama meminta Valmiki untuk membawa Sita ke istananya dan agar Sita membuktikan kesuciannya sekali lagi. 
Buat kali kedua, Sita berjalan di atas perapian. Selepas berjaya membuktikan kesuciannya, Sita berdoa kepada Bhudevi, Dewi Bumi untuk mengambilnya semula. Bhudevi muncul dari perut bumi dan membawa Sita bersama-samanya. Demikian, berakhir hidup Sita yang penuh penderitaan.
Tempoh kehidupan Rama di bumi mencapai hujungnya. Kalapurusha (Jelmaan Masa) tiba di Ayodhya untuk mengingatkan Rama bahawa masa untuk mengakhiri hidupnya telah tiba. Disebabkan takdir, Rama terpaksa menghalau Lakshmana. Devendra (Raja Syurga) muncul dan membawa Lakshmana ke syurga.