Ramayana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 136:
 
=== Lanka ===
Kerajaan Lanka di bawah pemerintahan Ravana menjadi sebuah kota mewah yang menakjubkan. Namun, hampir ke semua kemewahan dan kekayaan kota ini adalah hasil daripada rompakan atau hasil rampasan peperangan. Kota ini penuh dengan istana-istana, bangunan-bangunan besar, dan taman-taman yang indah. Penduduknya berbadan besar dengan penampilan yang mengerunkan. Perbuatan kanibalisme dan meminum arak  amat berleluasa. Golongan Brahmin di Lanka lebih cenderung kepada upacara-upacara sihir dan ilmu hitam. Kebanyakan kuil di Lanka adalah untuk dewa-dewi yang menakutkan seperti Badrakali. Ravana dan puteranya, Indrajit menyembah Badrakali di sebuah tempat tersembunyi bernama Nikumbhila untuk mendapatkan kemenangan dalam peperangan dan senjata-senjata ajaib. Ravana dan Indrajit juga mahir dalam Maya Yuddha, peperangan yang menggunakan ilmu sihir dan kuasa ajaib untuk memperdayakan musuh. Satu-satunya matlamat hidup penduduk Lanka ialah untuk menikmati keseronokan duniawi.
 
Ravana adalah seorang raja yang amat berkuasa, berpendidikan dan berkebolehan. Ravana juga dapat menjalani disiplin agama yang rumit. Namun, kegilaan seks yang tidak terkawal, keegoan dan sifat mementingkan diri sendiri telah membawa kepada kekalahan Ravana, kejatuhan dan akhirnya kemusnahkan Lanka. 
Baris 153:
Tamadun Kiskindha adalah jelas sebuah tamadun yang berada dipertengahan tamadun Ayodhya dan Lanka. Kota Kiskindha terselamat daripada kemusnahan disebabkan Sugriva yang berserah kepada Rama. 
 
=== KesimpulanKerohanian lwn Kebendaan ===
Seperkara perlu diingati sebelum membaca atau mengaji mahakarya ini. Penulis mahakarya ini, Valmiki ialah seorang Rishi yang telah melepaskan segala nikmat duniawi dan menjalani kehidupan rohani demi kebaikan dunia dan untuk mencapai Tuhan. Matlamat utama mahakarya Valmiki ialah untuk menunjukkan bahawa evolusi moral dan rohani adalah kemajuan sebenar manusia dan bukannya pencapaian material atau kemajuan saintifik. Kemajuan sebenar manusia adalah di dalam dirinya sendiri dan bukan di luar. Di luar, seseorang mungkin kelihatan kasar, primitif dan kolot, tetapi di dalam, mungkin dia mempunyai moral dan etika yang tinggi. Watak-watak seperti Hanuman, Jambavan, dan Jatayu nampaknya memberikan kita mesej ini. Meskipun dari segi penampilan, watak-watak ini kelihatan seperti binatang, namun mereka penuh dengan sifat-sifat terpuji seperti kesetiaan, persahabatan, kesanggupan untuk berkorban demi kebaikan orang lain. Satu lagi kemuliaan watak-watak ini ialah kebolehan mereka untuk mengenali dan menghargai kebaikan, kebenaran dan kerohanian.  
Falsafah Ramayana, secara ringkas ialah bahawa kekayaan, kekuatan fizikal atau kekuasaan tentera tidak boleh menyelamatkan seorang individu atau sebuah negara. Kepercayaan dan amalan Satya (kebenaran) dan Dharma (Kebaikan) yang melindungi manusia dan negara! 
 
Sebaliknya, seseorang yang lain, mungkin kaya-raya, berdarah bangsawan, mahir dalam segala seni dan sains, dan berpendidikan tinggi, tetapi sikapnya mungkin masih primitif dan seperti binatang. Inilah gambaran yang diperolehi daripada watak-watak Ravana dan Indrajit.  
 
FalsafahMaka, falsafah Ramayana, secara ringkas ialah bahawa kekayaan, kekuatan fizikal atau kekuasaan tentera tidak boleh menyelamatkan seorang individu atau sebuah negara. Kepercayaan dan amalan Satya (kebenaran) dan Dharma (Kebaikan) yang melindungi manusia dan negara! 
 
Mahakarya ini memberikan kita semua ideal-ideal dalam  sebuah masyarakat dan kebudayaan yang tertinggi. Rama ialah seorang lelaki, suami, anak, abang, sahabat, dan raja atau pemerintah yang ideal. Dewi Sita ialah seorang wanita ideal yang tiada tandingan dan menjadi simbol kewanitaan yang mulia. Keluarga Dasaratha menjadi sebuah keluarga yang ideal di mana setiap ahli mengutamakan kebaikan orang lain. Ramayana juga memberikan adik-beradik ideal, kawan-kawan ideal dan pekerja ideal. Contoh sebuah kerajaan yang ideal diberikan melalui Ramarajya.