Shima (penyanyi): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 33:
===Kemuncak karier===
[[Imej: Shima n deboys.JPG|thumb|300px|Shima ketika bersama The Boys. Dibelakangnya (berdiri 3 dari kiri) ialah bekas suaminya, keyboardist Satiman]]
Karier nyanyian Shima mencapai puncak kegemilangan apabila berjaya memenangai tempat kedua di [[Anugerah Juara Lagu]] edisi 1991 menerusi lagu ''Setelah Aku Kau Miliki'' petikan album kedua beliau. Lagu ciptaan Saari Amri itu juga berjaya memberi tuah kepada Shima apabila turut memenangi anugerah persembahan terbaik. Sejak itu, Shima menerusi syarikat rakaman Sony Music merencana projek untuk album ketiga yang lebih baik. Ternyata album [[Shima 3: Teringin]] itu berjaya meledak di pasaran dan lagu ''Teringin'' menjadi siulan anak muda. Lagu itu layak ke Anugerah Juara Lagu 1993, biarpun tewas di tangan [[Fauziah Latiff]], Shima menebus kekecewaan apabila memenangi anugerah [[Persembahan Vokal Wanita Terbaik (AIM)|Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album (Wanita)]] di [[Anugerah Industri Muzik]] yang pertama kali diadakan. juga memenangi pertandingan Pujaan 10 Nescafe 1993 kategori persembahan solo terbaik dengan lagu Teringin.
 
 
Sony Music memberi peluang untuk Shima mencuba pelbagai jenis genre muzik menerusi penerbitan album ''[[More Than Your Girl]]'' pada hujung tahun 1993. Album berbahasa Inggeris itu berjaya meletakkan Shima sebagai penyanyi versatil. Tidak cukup dengan itu, Shima mencuba bakat dalam lakonan menerusi filem ''Sutera Putih''. Ini bukan kali pertama beliau berlakon kerana sebelum itu pernah mencuba bakat dalam filem ''Red Hair Tumble in Malaya'' dan ''Kelisa''.