Saivisme: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Ranee Narendranath (bincang | sumb.)
Baris 1:
'''''Saivisme '''''(juga dikenali sebagai Saivam atau Shaivisme) merupakan suatu mazhab utama agama Hindu. Mazhab ini mengagung-agungkannagungkan [[Mahadeva|Shiva]] sebagai Tuhan Maha Esa. Penganut-penganut mazhab ini dikenali sebagai Saivam, Saivas atau Saivarkal.
 
Meskipun pada mulanya Saivisme mungkin telah wujud sebagai suatu kepercayaan dan cara pemujaan Shiva yang ringkas, lama-kelamaan, ia telah berkembang, dan menjadi beberapa mazhab-mazhab kecil yang berlainanberbeza. Antara mazhab-mazhab kecil ini, terdapat enam mazhab yang berpengaruh. Namun, walaupun pada masa kini, hanya wujud dua atau tiga mazhab yang masih berpengaruh kuat. Enam mazhab-mazhab Saivisme ialah: Kalamukha, Kapalika, Saivisme Kashmir, Pasupata, Saiva Siddhanta, dan Vira Saivisme atau Lingayat.
 
== Kalamukha ==
Ini ialah suatu mazhab yang menyembah Rudra-Shiva sebagai Chandi dan Bhairava. Rudra dalam [[Veda]] ialah suatu rupa yang menggerikan. Penganut-penganut ini dinamakan Kalamukha (Kala = hitam, dan mukha=muka) kerana mereka mencorakkan muka mereka dengan warna hitam.
 
Menurut para sarjana Saivisme, kumpulan ini adalah suatu cabang Lakulisa (juga dieja sebagai Nakulisa) mazhab Pasupata.
 
Golongan Kalamukha, juga dikenali sebagai Ekkoti Muni,. Mereka mempunyai sedikit kaitan dengan keturunan Devavrata Muni dari Kashmir. Sekitar tahun 700-1200 Masihi, kumpulan ini amat berpengaruh di Andhra Pradesh dan Karnataka. Pusat mereka ketika itu ialah kuil Kedaresvara di Balligave (di daerah Shimoga, Karnataka) dan pekan kuil Srisaila (berhampiran Kurnool, Andhra Pradesh). Menurut suatu sumber, raja-raja Calukyan (kurun ke-11 Masihi) menyanjungi mazhab ini. Salah seorang guru mereka, Sarvesvara Saktideva, merupakan seorang pemilik 77 buah kuil-kuil. Mereka juga terkenal dengan kebijaksanaan, dan displin rohani mereka.
 
Namun begitu, disebabkan beberapa amalan mereka yang menggerikan, seperti tabiat meminum arak dalam tengkorak manusia, menyapukan badan mereka dengan abu dari tempat pembakaran mayat, kanibalisme, dan keciciran moral, penganut-penganut mazhab ini dantelah dicemuh dan isingkirdisingkir oleh masyarakat.
 
Guru-guru mazhab ini dibahagikan kepada dua kumpulan: Rasi dan Shakti.
Baris 17:
 
== Kapalika ==
Ini ialah suatu mazhab Saivisme yang amat berkuasa. Mereka dipanggil sebagai Kapalika kerana mereka menggunakan sebuah kapala atau tengkorak manusia sebagai mangkuk untuk mengemis. Mereka juga memakai kalungan tengkorak manusia. Mazhab ini amat berpengaruh dan aktif daripada kurun ke-7 Masihi selama 500 tahun di Srisaila (Andhra Pradesh), dan beberapa bahagian Tamil Nadu seperti Kancipuram, Tiruvotriyur, Melpadi, dan Kodumbalur.
 
Mazhab ini juga mengamalkan perbuatan-perbuatan keji seperti meminum arak, memakan daging manusia dan abu, mempersenjatakan cokmar, dan hubungan seks bebas. Penganut-penganutnya menyembah Chandi dan Bhairava.
Baris 23:
Menurut Sabara Tantra, terdapat 24 orang guru, bermula daripada Adinatha dan berakhir dengan Malayarjuna.
 
MazhabPenganut-penganut mazhab ini juga amatbersifat anti-Vaishnava[[Vaishnavisme]].
 
== Saivisme Kashmir / Pratyabhijna Darsana ==