Buka menu utama

Perubahan

tiada ringkasan suntingan
'''Butterworth''' ataupun Bagan merupakan sebuah bandar pelabuhan, bandar bersaing Pulau Pinang (kedua terbesar), dan bandar berkependudukan ramai bagi [[Pulau Pinang]], [[Malaysia]] selepas Bandaraya [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]]. Ia terletak di [[Seberang Perai]], dan merupakan pusat pentadbiran Seberang Perai. Terdapat pelabuhan utama di Butterworth kerana Butterworth ialah bandar berhadapan Pulau Pinang yang terletak di tanah besar Malaysia. Keretapi laju dari Kuala Lumpur pun telah tiba di Butterworth melalui Bukit Mertajam sekaligus dengan Geroge Town bagi ekonomi kedua-dua bandar ini lebih maju lagi.
 
Butterworth juga merupakan bandar dipentadbiran tengahPulau [[Kuala Lumpur]] dan [[Alor Setar]]Pinang. Jalan persekutuan Ipoh ke Pulau Pinang pun berakhir di Butterworth sama juga dengan keretapi Malaysia dan kemudian baru ke Padang Besar dan Alor Setar. Stesen Kereta Butterworth juga sedang dinaik taraf menjadi Penang Sentral. Keretapi Perkhidmatan Elektrik (ETS) adalah datang ke Penang Sentral dulu sebelum ke JB Sentral. Stesen Butterworth ada wujud servis komuter kepada pekerja-pekerja tempatan yang perlu guna. Perkhidmatan Komuter di Penang Sentral ini pun telah beroperasi ke Gurun dan Taiping Utara.
 
Nama Butterworth atau [[Bagan]] tersebut diambil sempena nama Kolonel V.T. Butterworth. Beliau merupakan Gabenor Koloni dari tahun 1843 hingga 1855, semasa zaman penjajahan [[British]] di Tanah Melayu. Kaum majoriti di Butterworth ialah kaum [[Cina]] 75% dan kaum lain 25%. Kos hidup di Butterworth tidak begitu tinggi berbanding dengan kos hidup di [[Pulau Pinang]]. Penduduknya kian bertambah dari tempoh dahulu sampai sekarang dan kenderaan di bandar ini bertambah banyak. Trafik di Butterworth setiap hari sibuk terutamanya waktu permulaan kerja dan waktu tamat kerja. Hal ini kerana Butterworth adalah terletak berhampiran dengan bandar yang terbesar dan terbanyak kemudahan di utara Semenanjung Malaysia iaitu pulau mutiara, [[Pulau Pinang]], selain [[Kuala Lumpur]]. Ia sangat dekat untuk sampai di terminal feri dan pergi ke [[Georgetown, Pulau Pinang|George Town]]. Butterworth juga terletak berhampiran dengan [[Lebuhraya Utara Selatan]] (bahagian Sungai Dua ke Ipoh). Kebanyakan penduduk di Butterworth juga akan dapat masuk ke lebuhraya terpanjang di [[Malaysia]] ini dengan cepat dan tidak begitu jauh ke [[Kuala Lumpur]] dan [[Pulau Pinang]] (melalui jambatan). Segelintir penduduk di [[Kulim]] dan [[Bukit Mertajam]] datang bekerja di Butterworth pada setiap hari. Pelabuhan Butterworth pula merupakan pelabuhan utama untuk menerima barangan import dan mengeksport barangan kontena buatan negara ke negara-negara seperti [[Hong Kong]], [[China]], [[Taiwan]], dan sebagainya melalui kapal kontena.
Pengguna awanama