Kepupusan bahasa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 14 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q253756
Baris 1:
Dalam bidang [[linguistik]], '''kepupusan bahasa''' atau '''kematian bahasa''' ialah proses kemerosotan kefasihan sesebuah [[bahasa]] atau [[loghat]] di kalangan para penuturnya. Sesebuah bahasa pupus sepenuhnya apabila tiada lagi penuturnya yang masih wujud dalam sesebuah masyarakat yang pernah menggunakan bahasa tersebut (iaitu lenyapnya semua [[penutur asli]]). Mana-mana bahasa atau loghat boleh menghadapi kepupusan.
 
Kajian [[Atrisi bahasa|kemerosotan bahasa]] di peringkat individu tertumpu pada mengetengahkan kehilangan [[bahasa pertama]] (L1) atau [[bahasa kedua]] (L2) seseorang penutur dalam persekitaran L1 atau L2.