Siti Nurhaliza: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 81:
Setelah keluarnya album pertama, Siti menjadi tokoh terkenal dalam budaya pop Melayu. Beliau terus menjayakan lagu hit demi album hit, lagu-lagunya yang pelbagai genre termasuk [[Muzik pop|pop]], [[R&B]], dan tradisional. Suara dan senikatanya nyata disambut hangat oleh masyarakat di [[Malaysia]], [[Singapura]], [[Brunei]] dan [[Indonesia]].
 
Pada 12 Januari 1998 (sehari selepas ulangtahun kelahirannya ke-19), Siti menubuhkan syarikatnya, [[Siti Nurhaliza Productions|Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.]] sebagai agen rasmi yang akan menguruskan segala aktiviti seni beliau dengan lebih tersusun.<ref>[http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_content&view=article&id=30&Itemid=49 Dato' Hajjah Siti Nurhaliza], SitiZone. Dicapai pada 30 Januari 2010.</ref> Pada tahun yang sama, Siti buat pertama kalinya muncul di pentas antarabangsa di upacara penutupan [[Sukan Komanwel 1998|Sukan Komanwel ke-16]] di [[Kuala Lumpur]] pada 21 September, di mana beliau mengadakan persembahan di hadapan [[Ratu Elizabeth II]] dan konsort beliau [[Putera Philip, Duke Edinburgh|Putera Phillip]] di kalangan delegasi dan pegawai dari 70 negara-negara Komanwel. Beliau juga berkongsi pentas dengan [[Celine Dion]] dan Rod Stewart untuk menghiburkan para hadirin.<ref name="SITI NURHALIZA DI SUKAN KOMANWELL (1998)">{{cite web|title=SITI NURHALIZA DI SUKAN KOMANWELL (1998)|url=http://www.youtube.com/watch?v=JaG721577zE|work=YouTube| accessdate = 2010-01-20}}</ref> Upacara ini disiarkan di 70 buah negara, maka inilah kali pertama Siti Nurhaliza disaksikan oleh mata dunia.
 
Siti menerima anugerah luar negara pertamanya ketika bertanding di Shanghai Music Festival 1999 di [[China]], di mana beliau menggondol anugerah tertinggi iaitu Anugerah Emas. Pada tahun yang sama, beliau menyertai South Pacific International Song and Singing Competition 1999 di Gold Coast, [[Queensland]], [[Australia]] hingga merangkul gelaran 'Pop Winner' dengan mengetepikan ramai pesaing dari [[Oceania|Pasifik Selatan]], dan juga mengungguli kategori 'Top 40 for International Song' dengan single "We'll Be As One".<ref name="Siti Nurhaliza menang anugerah antarabangsa"/> Siti turut menarik perhatian juri dengan kehebatan vokalnya sehingga dikurniakan hadiah 'Best Female Vocal Performance' dengan lagu itu juga. Pada tahun 2002, Siti menyertai pertandingan Voice of Asia di [[Kazakhstan]], di mana beliau merangkul gelaran tertinggi 'Grand Prix Champion'.<ref name="Grand Prix 2002 left for Malaysia.">{{cite web|title=Grand Prix 2002 left for Malaysia.|url=http://www.simplysiti.com/2002/08/29/grand-prix-2002-left-for-malaysia/|author=Olesya Ivanova|date=29 August 2002|work=The Almaty Herald|publisher=Simply Siti Nurhaliza Zone|accessdate = 6 August 2010}}</ref>