Ahmad ibn Hanbal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ummu Yaser (bincang | sumb.)
k →‎Fitnah Muktazilah: Siksaan terhadap Imam Ahmad
Ummu Yaser (bincang | sumb.)
k →‎Fitnah Muktazilah: Imam Ahmad di bebaskan dari penjara,
Baris 84:
 
Betapa pun solehnya Imam Ahmad, namun khalifah telah memerintahkan Imam Ahmad disebat kerana enggan mengikut fatwa ulamanya. Imam Ahmad disebat sebanyak 160 sebatan. Tukang sebat berkata," Jika aku sebat gajah sebanyak 16 kali dengan tahap ini akan rebahlah ia." Sekali sebatan Imam Ahmad sebut Bismillah. Kali ke dua Imam Ahmad sebut "La hawla wala quwwata illa billah". Sebatan yang ke tiga dan seterusnya Imam Ahmad sebut" Quran ghaira makhluq! Quran ghaira makhluq" Sehingga sebatan yang ke 160 Imam Ahmad tdak tahan lalu pengsan. Sedar saja dia dapati dirinya berada dalam penjara. Dalam penjara Imam Ahmad hanya menyebut " Hasbiyallah wa ne'mal wakeel..." "Cukuplah bagi ku Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan urusan" (Kata Ibn Abbas: Inilah kalimah yang disebut oleh nabi Ibrahim as lalu Allah selamatkannya daripada terbakar. Nabi Muhammad melafazkan kalimah ini lalu Allah selamatkan baginda saw)..Al Quran menyebut "الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ Al Imran:173. (Orang-orang yang dikatakan kepada mereka, Nun orang ramai hendak ambil tindakan terhadapmu, bimbanglah mereka akan ambil tindakan! Lalu bertambah iman mereka dan berkata : Hasbunallahu wa ne'mal wakeel" (Cukuplah bagi kami Allah, Dia lah sebaik-baik tempat menyerahkan segala urusan) .
 
Selama 28 bulan Imam Ahmad di penjarakan. Khalifahpun telah uzur. Rakyat di luar telah pun bising dan khalifah mulai bersusah hati. Sehinggakan apabila dihidangkan makanan khalifah akan berkata," Janganlah hidangkan makanan kepadaku selagi Ahmad bin Hanbal tidak makan". Apabila ditanya Imam Ahmad "sudahkan beliau makan?" Kerana khalifah enggan makan selagi Imam Ahmad tidak makan lalu dijawabnya,"Daku tidak akan makan disebabkan khalifah" Dikatakan sepanjang Imam Ahmad berada di dalam penjara beliau berpuasa. Di malam hari beliau minum dan makan tetapi tidak lah diketahui dari mana datangnya makanan itu. Bahkan sewaktu beliau di hukum sebat oleh khalifah Imam Ahmad sedang berpuasa.
 
Khalifah al-Ma'mun menghukum sebatan ke atas Ahmad bin Hanbal. Dia dipenjarakan selama 30 bulan dan dipukul teruk. Khalifah [[al-Ma'mun]] memerintahkan Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan, tetapi khalifah tersebut meninggal dunia tidak lama selepas mengeluarkan perintah itu. Dia digantikan dengan khalifah [[Al-Mu'tasim]] yang juga berpegang kepada fahaman Mutazilah. Khalifah [[Al-Mu'tasim]] bertanya sama ada Imam Ahmad bin Hanbal sudah bertukar pendirian dan menyokong fahaman Mutazilah. Imam Ahmad bin Hanbal masih enggan mengikut fahaman tersebut dan diberikan balasan hukuman sebat dan dipenjarakan. Imam Ahmad bin Hanbal hanya dilepaskan setelah dua tahun selepas itu. Tetapi beliau ditegah mengajar dan menyebarkan ilmu Allah. Tegahan ini kekal sehingga pemerintahan Khalifah [[al=Wathiq]]. Tetapi Imam Ahmad bin Hanbal tetap dengan pegangan beliau.
 
=== Pembebasan dan pengiktirafan ===
 
Apabila Al Wathiq menaiki tahta baginda telah membebaskan Imam Ahmad. Imam Ahmad pulang ke rumahnya. Ramai lah rakyat yang datang berkunjung menziarahi beliau. Di akhir-akhir hayat Imam Ahmad beliau banyak menghabiskan masanya bersama golongan miskin dan kanak-kanak.. Imam Ahmad berpesan agar perbanyakkan kesabaran kerana hidup di dunia ini teramatlah singkat.
 
Apabila khalifah Al Mutawakkil menaiki tahta, beliau merupakan seorang khalifah yang menjunjung Al Quran dan As Sunnah. Khalifah Al Mutawakkil telah menghapuskan segala ajaran ulama di zaman khalifah sebelumnya. Beliau telah menghantar sejumlah wang bayaran kepada Imam Ahmad serta memuliakan Imam Ahmad. Tatkala Imam Ahmad melihat wang yang dihantar khalifah beliau berdoa, ( اللهم إني أخشى على فتنة المال اشدّ من فتنة العذاب ) "Ya Allah daku takut kepada fitnah harta lebih daripada aku takut kepada fitnah azab. Kembalikan semula wang ini kepada khalifah tidak mengapa".
 
Pada 25 Ramadan 221H, Khalifah Mutasim bertaubat dan memerintahkan Ahmed bin Hanbal dibebaskan. Imam Ahmed bin Hanbal memaafkan kesemua mereka yang menganiayanya kecuali anggota kumpulan Mu'tazilah yang berfahaman sesat.
Baris 96 ⟶ 102:
 
=== Kematian ===
 
Berkata anak kepada Imam Ahmad," Apabila bapaku telah dibawa keluar daripada penjara beliau semakin uzur dan lemah" Suatu hari anak beliau mendapati bapanya menangis di dalam bilik dalam kegelapan. Lalu anak nya bertanya,"Kenapa wahai ayah...?" Imam Ahmad jawab," Aku memikirkan bagaimanakah keadaannya apabila daku duduk di dalam kubur kelak...". Anak nya berkata," Ayahku, duduklah bersandar kerana ayah sudah uzur dan tidak larat" Imam Ahmad jawab," Bagaimanakah daku hendak bersandar
 
Ahmed bin Hanbal meninggal dunia di Baghdad pada 13 Rabiulawal 241H bersamaan [[31 Julai]], [[855]]M. Mengikut ''Tarjamatul Imam'', lebih 860,000 orang menziarah semasa pengkebumiannya.