The Beatles: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 51:
Harrison yang masih berusia 17 tahun di bulan Ogos 1960, berbohong kepada petugas Jerman mengenai usianya agar boleh tinggal di Hamburg. Pada mulanya mereka ditempatkan di Indra Club, Koschmider lalu memindahkan mereka ke Kaiserkeller pada bulan Oktober setelah Indra ditutup kerana dianggap bising. Pada masa Beatles melanggar kontrak dengan mereka di Top Ten Club yang jadi lawannya, Koschmider melaporkan Harrison yang di bawah umur kepada pihak berkuasa dan diusir bulan November. McCartney dan Best juga ditangkap kerana kes pembakaran di bilik mereka di pertengahan Disember, selepas itu mereka juga telah dihantar pulang. Lennon kembali ke [[Liverpool]] pada pertengahan Disember sementara Sutcliffe tetap di [[Hamburg]] selama beberapa bulan. Ia sudah berpunya dengan gadis Jerman, Astrid Kirchherr yang pertama kali mengambil gambar profesional Beatles dan memangkas rambut Sutcliffe dengan gaya yang popular masa itu, ''exi (existensialis)''. Gaya rambut Sutcliffe kelak memberi inspirasi kepada ahli Beatles yang lain.
 
Pada tahun-tahun berikutnya, kumpulan ini kembali ke Hamburg. Mereka mencuba Preludin dengan sengaja untuk menjaga tenaga agar boleh bergiat aktif semalaman. Sutcliffe memutuskan keluar awal tahun 1961 dan dan melanjutkan pengajian di [[Jerman]], jadi McCartney mengambil alih [[bass]]. Penerbit Jerman Berta Kaempfert mengikat kontrak Beatles yang sudah jadi empat orang untuk band latar Tony Sheridan dalam beberapa buah rakaman. Dikreditkan oleh Tony Sheridan dan The Beat Brothers, single My Bonnie dirakam bulan Jun dan dikeluarkan beberapa bulan kemudian, berada di tangga ke-32 carta lagu Musikmarkt. Beatles jadi lebih dikenali apabila pulang ke [[Liverpool]]. Saat masih sering bermain di The Cavern Club, mereka bertemu Brian Epstein, pemilik studio rakaman tempatan dan seorang kolumnis muzik. Beatles menunjuk Epstein sebagai pengurus pada Januari 1962 dan Kaempfert bersetuju untuk melepaskan mereka dari kontrak rakaman Jerman. Setelah suatu uji bakat mereka ditolak Decca Records dengan komen "kumpulan gitar sudah ketinggalan zaman, Tuan Epstein" ({{efn|Original: "Guitar groups are on the way out, Mr. Epstein")}}, George Martin memfailkan kumpulan itu ke label Parlophone di [[EMI]]. Pada bulan April mereka kembali ke Hamburg dan dikejutkan dengan berita kematian Sutcliffe akibat [[angin ahmar|pendarahan otak]].
 
Kumpulan ini mendapat arahan George Martin di Studio Abbey Road EMI, [[London]] untuk pertama kali tahun 1962. Martin mengeluh tentang cara bermain dram Best kepada Epstein dan menyarankan agar Beatles menggunakan khidmat pemain dram sesi di studio. Akhirnya, Best digantikan oleh Ringo Starr yang baru keluar dari Rory Storm and the Hurricanes. Sebenarnya Starr sudah bermain untuk Beatles menggantikan Best yang sering tidak hadir. Martin masih menyewa Andy White sebagai pemain dram sesi untuk satu sesi sahaja. White menyumbang dalam single ''Love Me Do'' dan ''P.S I Love You''. Dikeluarkan pada bulan Oktober, Love Me Do masuk tangga lagu 20 besar di [[England]] dan berada di nombor 17. Setelah selesai rakaman untuk single kedua berjudul ''Please Please Me'' pada bulan November, mereka mula muncul di televisyen pertama kali dalam program berita ''People and Place''.
 
Kumpulan itu mengadakan persembahan gig terakhir kalinya di Hamburg pada Disember 1962. Sekarang sudah menjadi pola, keempat anggota menyumbang terhadap vokal, walau hanya Starr yang jarang jadi vokal utama kerana jangkauannya terhad. Lennon dan McCartney sudah bekerja sama dalam menulis lirik, sementara Harrison juga bernyanyi walau sedikit. Epstein mencium potensi Beatles yang besar, menyarankan agar kumpulan itu bersikap lebih profesional semasa berhibur. Lennon mengulangi kata-kata pengurusnya, "Begini, jika kau benar-benar ingin masuk ke tempat yang lebih besar, kau perlu berubah - berhenti makan di panggung, berhenti menyumpah, berhenti merokok" ({{efn|Original: "Look, if you really want to get in these bigger places, you're going to have to change-stop eating on stage, stop swearing, stop smoking ")}} Ia juga berkata,"kami terbiasa memakai pakaian yang kami suka, di dalam dan luar panggung. Ia berkata pada kami bahawa jin kurang kelihatan bagus dan mencadangkan untuk memakai seluar yang lebih pantas, tapi ia tidak ingin kami kelihatan serba-serbi. Ia ingin kami mempunyai gaya individualiti kami masing-masing ... merupakan pilihan untuk mewujudukannya atau masih makan ayam di atas pentas ". ({{efn|Original: "We used to dress how we liked, on and off stage. He'd tell us that jeans were not particularly smart and could we possibly manage to wear proper trousers, but he did not want us suddenly looking square. he'd let us have our own sense of individuality ... it was a choice of making it or still eating chicken on stage ".)}}
 
===1963 - 1966: Beatlemania, konsert jelajah, ''Please Please Me'' dan ''With the Beatles''===