UNIX: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
k bot Mengubah: he:Unix
Menggantikan laman dengan 'Imej:antiamling.gif GANYANG MALINGSIA {{stub}}'
Baris 1:
[[Imej:antiamling.gif]]
'''UNIX''' merupakan satu [[sistem pengendalian]] boleh pindah, penugasan berbilang dan pengguna berbilang yang pada asalnya dibangunkan oleh sekumpulan pekerja di [[AT&T|AT&T Bell Labs]] termasuk [[Ken Thompson]], [[Dennis Ritchie]] dan [[Douglas McIlroy]].
 
GANYANG MALINGSIA
{{TOCleft}}
== Sejarah ==
 
{{stub}}
=== 1960-an dan 1970-an ===
Pada [[1960an]], [[Massachusetts Institute of Technology]] (MIT), AT&T Bell Labs dan [[General Electric]] bekerjasama dalam satu sistem pengoperasian percubaan yang dipanggil ''Multics'' (''Multiplexed Information and Computing Service''), yang telah direkabentuk untuk digunakan ke atas [[komputer kerangka utama]] GE-645. Tujuannya adalah untuk mencipta sistem pengoperasian interaktif yang mempunyai banyak kemampuan yang luarbiasa, termasuk peningkatan ciri-ciri keselamatan. Projek tersebut berjaya menghasilkan pengeluaran yang boleh digunakan, tetapi pada awalnya, pengeluaran ini mempunyai prestasi yang agak mengecewakan.
 
AT&T Bell Labs telah menarik diri dan mengalihkan sumber-sumbernya ke tempat lain. Salah seorang dari pemaju dari kumpulan AT&T Bell Labs, iaitu Ken Thompson, terus memajukannya untuk komputer kerangka utama GE-645, dan menulis [[permainan komputer]] yang dipanggil "''Space Travel''". Walau bagaimanapun, dia mendapati permainan tersebut sangat perlahan pada komputer GE. Dengan kos $75 sekali lalu dalam masa perkomputeran yang amat terhad, ian juga amat mahal.
 
Thompson menulis semula permainan tersebut di dalam DEC PDP-7 menggunakan [[bahasa perhimpunan]] dengan bantuan Dennis Ritchie. Pengalaman tersebut digabung pula dengan kerjanya dalam projek ''Multics'', mengilhamkan Thompson untuk memulakan sistem pengoperasian yang baru untuk DEC PDP-7. Thompson dan Ritchie yang mengetuai sekumpulan pemaju, termasuk Rudd Canaday, di Bell Labs, membangunkan sistem fail dan juga sistem pengoperasian penugasan berbilang yang baru. Mereka memasukkan [[pentafsir arahan]] dan beberapa [[atur cara utiliti]] yang kecil. Projek tersebut digelarkan ''UNICS'' oleh Brian Kernighan, singkatan bagi "''Uniplexed Information and Computing System''", kerana ia boleh menyokong dua pengguna pada masa yang sama. Disebabkan UNICS mempunyai makna yang tidak elok, ia kemudian telah ditukar kepada UNIX dan sejarah kelahirannya pun bermula.
 
Pada [[1973]], keputusan telah dibuat untuk menulis semula UNIX di dalam [[bahasa pengaturcaraan C]]. Perubahan ini bermakna UNIX pada masa hadapan akan lebih mudah diubahsuai untuk digunakan pada komputer yang berlainan (dengan itu menjadi boleh pindah), dan variasi yang berlainan boleh dibangunkan oleh pemaju yang lain. Kodnya sekarang yang kini lebih padat dan ringkas menyebabkan perkembangan pesat dalam pembangunan UNIX. AT&T menjual UNIX secara perlesenan kepada [[universiti]] dan firma komersial, termasuknya kerajaan [[Amerika Syarikat]]. Perlesenan ini merangkumi kesemua kod sumber kecuali kernel untuk komputer yang tertentu, yang mana ia ditulis menggunakan kod perhimpunan PDP-11.
 
Pembangunannya diteruskan, dengan versi 4, 5 dan 6 telah dikeluarkan sehingga [[1975]]. Kemudian versi ini menambah 'paip', menjadikan pembangunan kod asas yang lebih modular, pertumbuhan pembangunnya sentiasa bertambah. Sehingga [[1978]], lebih 600 komputer telah menggunakan UNIX dalam pelbagai keadaan. Versi 7, versi terakhir Penyelidikan UNIX akan dikeluarkan secara meluas, ianya telah dikeluarkan pada [[1979]]. Versi 8, 9 dan 10 telah dibangunkan sepanjang [[1980-an]] tetapi ianya hanya dikeluarkan kepada beberapa universiti, walaupun ia menghasilkan beberapa kertas yang menjelaskan cara kerjanya yang baru. Penyelidikan ini telah memacu pembangunan Pelan 9, satu sistem pengagihan yang baru.
 
=== 1980-an ===
 
AT&T membina UNIX Sistem III, berasaskan Versi 7, sebagai versi komersial dan menjual produk tersebut secara terus. Versi pertamanya telah dilancarkan pada [[1982]]. Walau bagaimanapun [[subsidiari]]nya, [[Western Electric]], terus menjual versi UNIX lama, berasaskan sistem UNIX (versi 1 hingga 7). Untuk menamatkan kekeliruan diantara semua versi yang berbeza, AT&T telah mencantumkan pelbagai versi yang dibina di lain-lain universiti dan syarikat kedalam UNIX Sistem V Terbitan 1. Versi ini memperkenalkan perbagai ciri seperti '[[penyunting vi]]' dan '[[curses]]' ("curses" ialah perpustakaan perisian untuk sistem Unix dan serupanya yang dikawal oleh terminal), dari "UNIX Berkeley Software Distribution" yang dibangunkan oleh [[University of California]], [[Berkeley]] (UCB). Ia juga menyokong komputer DEC VAX.
 
UNIX komersial yang baru dikeluarkan tidak lagi mengandungi kod sumber dan juga UCB masih terus membangunkan BSD UNIX sebagai alternatif kepada UNIX Sistem III dan V, yang pada asalnya atas senibina PDP-11 (keluaran BSD 2.x, berakhir dengan versi 2.10). Apapun aspek yang paling penting dalam usaha pembangunan BSD adalah penambahan kod rangkaian TCP/IP kepada kernel UNIX yang dipakaiguna umum. Usaha BSD menghasilkan lapan keluaran yang ketara yang mengandungi kod rangkaian: 4.1c, 4.2, 4.3, 4.3-Tahoe ("Tahoe" merupakan nama panggilan senibina CCI Power 6/32 yang merupakan port bukan-DEC bagi kernel BSD, 4.3-Reno (untuk menyamakan penamaan "Tahoe", dan merupakan keluaran yang diperjudikan), Net2, 4.4, and 4.4-lite. '''Kod rangkaian yang terdapat dalam keluaran ini merupakan asal usul kepada boleh dikatakan semua kod rangkaian TCP/IP yang digunakan pada hari ini, termasuk kod yang kemudiannya dikeluarkan oleh AT&T dan Microsoft Windows'''.
 
Lain-lain syarikat mula menawarkan versi komersial UNIX untuk [[komputer mini]] atau [[stesen kerja komputer]] mereka. Kebanyakan UNIX komersial ini dibangunkan dari asas Sistem V dibawah lesen AT&T. Yang lainnya memilih BSD. Seorang dari pemaju utama BSD, Bill Joey, menubuhkan [[Sun Microsystems]] pada [[1982]] dan mencipta SunOS (sekarang [[Solaris]]) untuk stesen kerja komputer mereka. Pada [[1980]], Microsoft mengumumkan UNIX pertama mereka untuk pemproses 16-bit yang dipanggil [[Xenix]], dimana [[Santa Cruz Operation]] (SCO) mencambahkannya kedalam pemproses [[Intel]] dalam tahun [[1983]], dan pada akhirnya mencawangkan Xenix kedalam SCO UNIX dalam tahun [[1989]].
 
AT&T menambah pelbagai ciri kedalam UNIX Sistem V, seperti penguncian fail, pentadbiran sistem, kawalan kerja (berdasarkan ITS), strim, sistem fail jauh dan TLI. Bagaimanapun diantara tahun [[1987]] dan [[1988]], AT&T membuat keputusan untuk menggabungkan Xenix, CSD, SunOS dan Sistem V kedalam Sistem V Terbitan 4 (SVR4). Keluaran baru menggabungkan kesemua ciri-ciri terdahulu kedalam satu bungkusan, dan menyuarakan berakhirnya persaingan versi. Ia juga meningkatkan bayaran lesen yang amat ketara.
 
=== 1990-an ===
 
Pada [[1991]], sekumpulan pemaju BSD (Donn Seeley, Mike Karels, Bill Jolitz, and Trent Hein) telah meninggalkan University of California untuk menubuhkan [[Berkeley Software Design, Inc.]] (BSDI). BSDI merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan versi BSD UNIX yang berfungsi sepenuhnya untuk pelantara Intel yang mudah dan boleh didapati dimana saja, ia telah memulakan gelombang dalam penggunaan perkakasan yang murah dalam penghasilan perkomputeran. Tidak lama selepas ia ditubuhkan, Bill Jolitz telah meninggalkan BSDI untuk menghasilkan edaran 386BSD, yang secara amnya dikenali sebagai usul asal perisian-percuma [[FreeBSD]], [[OpenBSD]], and [[NetBSD]].
 
Sehingga [[1993]] kesemua dari vendor komersial UNIX telah menukar variasi komersial mereka berasaskan SVR4, dan banyak ciri-ciri BSD ditambah ke atasnya.
 
Tidak lama selepas UNIX Sistem V Terbitan 4 dikeluarkan AT&T telah menjual segala hak mereka atas UNIX kepada [[Novell]]. Novell membangun kan versinya sendiri yang dipanggil [[UnixWare]], mencantumkan [[Netware]]nya dengan UNIX Sistem V Terbitan 4. Novell cuba menggunakan ini untuk menentang [[Windows NT]], tetapi pasaran utama mereka terjejas dengan teruknya.
 
Pada [[1994]], Novell mengambil keputusan untuk memecahkan longgokan aset UNIX dan menjual sebahagian daripadanya. [[Cap dagangan]] UNIX dan hak persijilan dijual kepada [[X/Open Consortium]], yang merupakan kumpulan industri yang menetapkan "Piawaian UNIX". Akhirnya, X/OPEN and OSF (pesaing piawaian SVR4) bergabung dan membentuk [[Open Group]]. Beberapa piawaian oleh Open Group kini menetapkan apa yang merupakan dan apa yang tidak merupakan sistem pengoperasian 'UNIX'.
 
Pada [[1995]], pentadbiran perniagaan dan sokongan lesen UNIX yang wujud serta hak untuk meneruskan pembangunan kod asas Sistem V telah dipindahkan kepada Santa Cruz Operation. Novell mengekalkan hakcipta, hak veto terhadap aktiviti pelesenan SCO, dan 95% hasil-hasil lesen.
 
=== 2000-an ===
 
Pada [[2000]], Santa Cruz Operation menjual kesemua aset dan perniagaan UNIX kepada Caldera Systems, yang kemudian menukar namanya kepada [[SCO Group]]. Pemain baru ini memulakan kempen perundangan keatas beberapa pengguna dan vendor [[Linux]]. SCO Group telah menawarkan beberapa teori perundangan terhadap beberapa kes. Selain mendakwa pelanggaran [[rahsia perniagaan]] oleh [[IBM]], atau pelanggaran kontrak oleh bekas Santa Cruz yang telah bertukar kepada Linux. Teori yang paling jauh adalah kerja pembangunan yang dibuat oleh IBM keatas AIX dianggap kerja sampingan dan dengan sebab itu ia dianggap milik SCO. Jika ini benar, ia juga akan memberi kesan kepada semua lesen UNIX.
 
Walau bagaimanapun, Novell telah membantah kenyataan SCO group sebagai pemegang hakcipta sumber asas UNIX. Menurut Novell, SCO (begitu juga SCO group) hanya sebagai pemegang [[francais]] Novell. SCO group tidak bersetuju dengan ini, dan pertelingkahan ini menghasilkan kes saman SCO lawan Novell.
 
Sesungguhnya pada tika dan saat ini, SCO Group memegang hak ke atas kod sumber UNIX, Open Group memegang hak ke atas cap dagangan UNIX.
 
== Sistem pengoperasian klon UNIX yang percuma ==
Pada tahun [[1983]], [[Richard Stallman]] mengumumkan Projek [[GNU]], ia merupakan satu usaha bercita-cita tinggi iaitu untuk membina satu sistem pengoperasian klon UNIX yang boleh diedarkan atau digunakan secara percuma. GNU telah dapat mencipta banyak utiliti untuk UNIX seperti "Alatan GNU", "Perpustakaan Perisian C GNU" dan sebagainya. Namun begitu percubaan GNU untuk memenuhi manifesto Stallman dengan menyediakan kernel gantian untuk UNIX bergerak sangat perlahan.
 
Masalah kernel gantian telah diselesaikan apabila Linus Torvalds mencipta kernel Linux dan memberikan kepada awam. Kombinasi kernel Linux dan "Alatan GNU" menjadikannya sebagai satu sistem pengoperasian lengkap yang PERCUMA dan dipanggil '''GNU/Linux''' atau secara amnya, [[Linux]].
Walau bagaimanapun, GNU dan Linux bukan yang tunggal. Dengan penyelesaian saman pada [[1994]] diantara UNIX Systems Laboratories menentang University of California dan Berkeley Software Design Inc. (USL v. BSDi), BSD UNIX mengalamai pembaharuan. Saman tersebut telah mengesahkan Berkeley mempunyai hak untuk mengedarkan BSD UNIX — secara percuma, jika ia menginginknnya. Kemudian, keluaran BSD telah dibangunkan ke beberapa arah yang berlainan, menjadi projek yang sekarang dikenali sebagai [[FreeBSD]], [[NetBSD]] dan [[OpenBSD]]. [[FreeBSD]] merupakan pilihan gantian bagi [[Linux]], mempunyai sokongan yang kuat dan merupakan hasil sampingan BSD yang paling popular. [[OpenBSD]] terkenal dengan ciri-ciri keselamatannya, sementara [[NetBSD]] menjurus kepada mencambahkan sistem pengoperasian ke dalam banyak pelantara.
 
== Piawaian==
* POSIX
* Penentuan Tunggal UNIX
* Piawaian Hierarki Sistem Fail
 
== Arahan-arahan dalam UNIX ==
 
Berikut adalah arahan/utiliti UNIX yang paling asas:
 
* Direktori/penciptaan fail/navigasi: ls cd pwd mkdir rm rmdir cp find
* Melihat fail, menyunting: touch less more ed vi emacs sam ex
* Pemprosesan teks: echo cat grep sort uniq sed awk tail tee head cut tr split printf
* Pembandingan fail: comm cmp diff patch
* Alatan cangkerang pelbagai: yes test xargs
* Pentadbiran sistem: chmod chown ps su w who
* Komunikasi: mail telnet ssh ftp finger
* Cangkerang-cangkerang: sh csh ksh bash rc tcsh zsh
 
Berikut adalah 60 arahan pengguna dari bahagian satu pada Edisi Pertama:
 
:ar as b bas (Unix) bcd boot cat (Unix) chdir check (Unix) chmod chown cmp cp (Unix) date db (Unix) dbppt dc df (Unix) dsw dtf du (Unix) ed find (Unix) for (Unix) form (Unix) hup (Unix) lbppt ld (Unix) ln (Unix) ls mail (Unix) mesg mkdir mkfs mount mv (Unix) nm (Unix) od (Unix) pr (Unix) rew rkd rkf rkl rm rmdir roff sdate sh stat strip su (Unix) sum (Unix) tap (Unix) tm (Unix) tty type (Unix) un wc who (Unix) write (Unix)
 
* ''Untuk daftar yang lebih lengkap, lihat [[senarai program UNIX]]''.
 
[[Kategori: Sistem pengendalian]]
 
<!-- interwiki -->
 
[[af:Unix]]
[[als:UNIX]]
[[an:Unix]]
[[ar:يونكس]]
[[ast:Unix]]
[[az:UNİKS]]
[[bat-smg:UNIX]]
[[be:Unix]]
[[bg:Юникс]]
[[bn:ইউনিক্স]]
[[br:UNIX]]
[[bs:UNIX]]
[[ca:Unix]]
[[cdo:Unix]]
[[cs:Unix]]
[[da:UNIX]]
[[de:Unix]]
[[el:Unix]]
[[en:Unix]]
[[eo:Unikso]]
[[es:Unix]]
[[eu:Unix]]
[[fa:یونیکس]]
[[fi:Unix]]
[[fr:UNIX]]
[[gl:UNIX]]
[[he:Unix]]
[[hr:UNIX]]
[[hu:Unix]]
[[ia:UNIX]]
[[id:Unix]]
[[is:Unix]]
[[it:Unix]]
[[ja:UNIX]]
[[kk:UNIX]]
[[ko:유닉스]]
[[la:Unix]]
[[lt:UNIX]]
[[lv:UNIX]]
[[mg:UNIX]]
[[mk:Unix (оперативен систем)]]
[[ml:യുണിക്സ്]]
[[nds:Unix]]
[[nl:Unix]]
[[nn:Unix]]
[[no:Unix]]
[[pl:Unix]]
[[pt:Unix]]
[[ro:UNIX]]
[[ru:UNIX]]
[[sh:Unix]]
[[simple:UNIX]]
[[sk:Unix]]
[[sl:Unix]]
[[sr:UNIX]]
[[sv:Unix]]
[[ta:யுனிக்ஸ்]]
[[th:ยูนิกซ์]]
[[tr:UNIX]]
[[uk:UNIX]]
[[ur:یونکس]]
[[uz:UNIX]]
[[vi:Unix]]
[[zh:UNIX]]
[[zh-min-nan:Unix]]
[[zh-yue:UNIX]]