Juvana (filem): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 30:
 
Botak terpaksa menerima keadaan di tempat baru, dengan berkawan rapat dengan Apek.
Dalam mereka cuba meengadaptasikanmengadaptasikan tempat baru, mereka dipertemukan dengan "''kepala''" kawasan itu, Lan Todak. Mereka cuba mengelak daripada melakukan kesilapan sama, dengan berbuat baik dengan setiap pelatih di sekolah baru tersebut.
 
Daim yang kini telah dibebaskan, terpaksa melakukan dua kerja, iaitu sebagai pelajar, dan pekerja syarikat pembinaan, kepunyaan seorang tauke melayu. Namun, kehidupan Daim tidak semudah yang disangka. Kehadiran pelajar yang kurang berdisiplin mengganggu kehidupan Daim. Kehadiran Sara sedikit sebanyak mengubah kesengsaraan yang dialaminya.
 
Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibunyaibu dan keluarganyaahli keluarga sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya yang sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.
 
Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang menginginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Warden Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut merubahmengubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.
 
Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meninggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka berjumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan Daim dihantar ke hospital.