Noraniza Idris: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
Hafizyunos95 (bincang | sumb.)
Baris 46:
Pada tahun 2000, lahir pula album bercorak pop tradisional berjudul ''Iktiraf''. Album kali ini Noraniza sekali lagi mendapat sentuhan Pak Ngah. Album ''Iktiraf'' berjaya menembusi pencalonan untuk Album Pop Etnik Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) dan Lagu Terbaik untuk lagu ''Iboq (Kita)'' di Anugerah Industri Muzik 2001.
 
===2002-sekarang: Aura, Sawo' Matang, Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 Tahun dan 3 Juara===
Pada tahun 2002, menyaksikan Noraniza tidak lagi bekerjasama dengan komposer, Pak Ngah menerusi album [[Aura (album 2002)|''Aura'']]. Noraniza inginkan pembaharuan untuk album tersebut dengan tidak bergantung kepada Pak Ngah. Dalam album tersebut, Noraniza mengambil suaminya sendiri Fareez Tajuddin <small>(sekarang bekas suami)</small> sebagai penerbit album kali ini. Tampil dengan muzik lebih segar seperti ''Hala Timur, Layar Battuta, Tandang Bermadah, Melereng'' dan banyak lagi yang terkandung.