Iban: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 25:
'''Iban''' atau '''Dayak Iban''' (dalam [[Bahasa Iban]] '''Iban''' bermaksud '''orang''' atau '''manusia'''), adalah salah satu rumpun [[Dayak]] yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum [[Iban]] khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan [[Kerajaan Dayak]] di [[Tampun Juah]], sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial [[Inggeris]] di Sarawak dan [[Belanda]] di Kalimantan Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai '''Dayak Laut''' dalam pengertian Bahasa Iban '''Laut''' bermaksud '''Melayu''' (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul '''Dayak Laut''' dalam Bahasa Iban bermaksud '''Dayak Melayu'''. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu [[Dayak Malayik]] atau [[Dayak Melayu]] yang tinggal di Kalimantan Barat dan [[Kalimantan Tengah]]. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan [[Bahasa Melayu]] dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun [[Malayic]] dan berparas rupa serta fizikal dari ras [[Malayoloid]]. Kekadang asal-usul maksud '''Dayak Laut''' ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada [[Bahasa Inggeris]] bermaksud [[Sea Dayak]] sebagai menggenapi maksud [[Land Dayak]] yang digunapakai oleh kaum [[Bidayuh]] kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu [[Dayak Laut]], [[Dayak Darat]], [[Dayak Orang Ulu]] dan [[Dayak Barito]].
 
Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 2,745,400 iaitu 60% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum ketiga terbesar di [[Malaysia]] selepas kaum [[Melayu]], dan [[Cina|Cina.]] Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di [[Sarawak]], [[Brunei]], [[Kalimantan Barat]] serta 6 daerah di [[Johor]] ([[Kota Tinggi]], [[Johor Bahru]], [[Kulai Jaya]], [[Pontian]], [[Kluang]] dan [[Batu Pahat]]) dan 2 bahagian di [[Sabah]] ([[Pedalaman]] dan [[Tawau]]), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu [[Sanggau]], [[Sekadau]], [[Sintang]] dan [[Kapuas Hulu]] di Kalimantan Barat serta 89 bahagian iaitu [[Samarahan]], [[Serian]], [[Sri Aman]], [[Betong]], [[Sarikei]], [[Sibu]], [[Kapit]], [[Bintulu]] dan [[Miri]] di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara [[Borneo]] serta Johor dan Selangor di [[Semenanjung Malaysia]]. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di [[rumah panjang]] yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (''tolenransi''), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama [[Kristian]] sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
 
== Ethnologi ==