Perbezaan antara semakan "Gordon Ramsay"

k
tiada ringkasan suntingan
k
'''James Gordon Ramsay '''(lahir 8 November 1966) ialah seorang cef, pengusaha restoran, dan personaliti televisyen dari United Kingdom. Beliau lahir di Scotland tetapi dibesarkan di Stratford-upon-Avon, England. Restorannya telah menerima 16 anugerah bintang Michelin. Restorannya yang terkemuka, ''Restaurant Gordon Ramsay'' di Chelsea, London, memiliki 3 bintang Michelin sejak tahun 2001. Pertama kali muncul di televisyen pada akhir tahun 1990-an, Ramsay menjadi sangat terkenal sehingga berjaya mempengaruhi ramai penonton untuk menjadi lebih berani dalam cara memasak mereka.
 
Sebagai seorang selebriti televisyen, Ramsay terkenal dengan sikapnya yang cepat meradang, tegas dan sering melemparkan kata-kata yang agak celupar. Ramsay terkenal dalam menyampaikan beberapa rancangan televisyen seperti Hell's Kitchen, The F Word, and Ramsay's Kitchen Nightmares, ''[[MasterChef US|MasterChef]] dan'' ''MasterChef Junior''. Pada tahun 2015, ''[[Forbes]]'' melaporkan pendapatannya sebagai $60 juta, dan menamakannya sebagai selebriti ke-21 terkaya di dunia.<ref>{{Cite news}}</ref>
 
== Kehidupan awal ==
6,732

suntingan