Detective Conan: The Fourteenth Target: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Julia azrina (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Julia azrina (bincang | sumb.)
Baris 29:
Filem ini dibuka dengan Ran bermimpi ibunya, Eri ditembak. Ran lalu menelefon Eri dan memberitahunya tentang mimpi tersebut. Kemudian babak beralih ke sebuah penjara, di mana seorang lelaki bernama Jo Murakami memegang sebuah buku nota yang bertulis "Beika City, Kogoro Mouri".
 
Pasukan Penyiasat Muda dibawa oleh Profesor Agasa melawat Muzium Peringatan Aeronotik Tohto. Di pameran tersebut, terdapat banyak jenis helicopterhelikopter dan kapal terbang. Berbalik ke Agensi Detektif Mouri, Jo Murakami mengetuk pintu tetapi kemudiannya berlalu setelah tiada jawapan.
 
Ran dan Sonoko menunggu untuk mendapatkan tandatangan Minoru Nishina, penulis yang diminatinya. Kemudian mereka pergi ke kafe dan Ran menceritakan pertengkaran yang menyebabkan perpisahan Kogoro dan Eri sewaktu dia berumur tujuh tahun. Ran juga telah mengatur makan malam bersama Eri pada jam tujuh. Di restoran “La Fleur”, Eri bersikap dingin seperti biasa, menganggap Kogoro terlambat kerana bermain mahjong sehingga lewat malam. Tidak lama kemudian, seorang pemain golf professional bernama Hiroki Tsuji yang merupakan kenalan Kogoro masuk ke restoran itu. Menurut Kogoro, Tsuji mengambil bahagian dalam Terbuka Amerika Syarikat. Sewaktu menikmati makan malam, Kogoro dan Eri kelihatan tidak canggung untuk ketawa bersama-sama semasa makan. Tetapi kemudian Kogoro ternampak pembaca berita Peter Ford bersama Towako Okano (pelayan bar yang sering dikunjungi oleh Kogoro). Apabila Kogoro berasa marah kerana menyangka Ford memikat Okano, Eri menyangka Kogoro menyukai Okano lalu terus bangun meninggalkan mereka.
Baris 39:
Di rumah Profesor Agasa, dia sedang membaiki papan luncur Conan apabila pintu hadapan berkecai dilempar batu. Agasa pergi menyiasat apa yang terjadi tetapi ditembak oleh seorang penunggang motosikal misteri. Conan mengejar orang itu dengan papan luncur namun gagal menjejakinya. Dia kembali ke rumah Agasa dan menemui objek misteri, dan menyedari kaitan antara pedang, bunga dan objek aneh itu, serta semua mangsa.
 
Pedang, bunga dan objek aneh itu adalah objek yang dipegang oleh Raja, Ratu dan Jack dalam permainan kad. Nama pertama MeguraMegure, Juzo bermaksud 13. Kisaki dalam Bahasa Inggeris bermaksud Ratu. Suku kata terakhir nama akhir Agasa iaitu ‘Shi’ (Hiroshi) adalah gabungan 10 dan 1. Megure muncul dan memberitahu yang Jo Murakami mungkin merupakan suspek dalam pembunuhan bersiri itu. Kogoro juga berkata yang tidak hairan Murakami berdendam kerana dia pernah menangkapnya sebelum ini/ apabila Shiratori cuba menjelaskannya, Megure cepat-cepat menyampuk. Kemudian Kogoro memberitahu yang dia kenal seseorang yang mempunyai angka 10 atau “tou” dalam namanya, Towako. Polis bergegas menyerbu dan meletakkan Towako dalam pengawasan. Ran dan Conan bertanya apakah yang Shiratori hendak katakana dan dia menjawab Murakami cuba melarikan diri dan menjadikan ibu Ran sebagai tebusan.
 
Conan menelefon Ran (dengan suara Shinichi) dan Ran bertanya jika dia boleh menembak di atas captor. Conan menyatakan walaupun Kogoro telah menembak Eri, pasti ada sebabnya dan terus meletakkan telefon. Di agensi, Conan melihat seorang lagi yang mempunya angka 10 dalam namanya, Hiroki Tsuji. Megure, Kogoro dan Shiratori bergegas ke tempat Tsuji bersama Ran dan Conan. Tsuji enggan membatalkan penerbangannya, tetapi membenarkan Megure dan Kogoro mengawalnya ke Lapangan Terbang Tohto. Conan kemudiannya menyelinap ke dalam helikopter itu. Semasa penerbangan, Tsuji tiba-tiba mengalami silau matahari. Conan cuba untuk mendaratKkan helikopter di Sekolah Rendah Teitan. Di samping itu, Conan meminta Pasukan Penyiasat Muda untuk memindahkan semua orang dalam kawasan sekolah. Walau bagaimanapun, helikopter melanggar sebuah downdraft, menyebabkannya terhempas. Helikopter itu kemudian meletup akibat kebocoran gas.