Sejarah Argentina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 11:
== Pemberontakan Mei 1810 dan kemerdekaan Argentina ==
Kekalahan tentera British di tangan rakyat [[Buenos Aires]] telah membangkitkan semangat patriotik rakyatnya. Sentimen revolusi mula berkembang luas apabila [[Napoleon]] menggulingkan serta memenjarakan raja Sepanyol, [[Raja Ferdinand VIII]] dan menggantikannya dengan adiknya, [[Joseph Bonaparte]] pada 1808. Masyarakat Buenos Aires enggan mengiktiraf Joseph Bonarparte sebagai raja Sepanyol, lalu mereka menggulingkan kerajaan Sepanyol di sana. Pada Mei 1810, sebuah ''[[cabildo]]'' terbuka bandar ini telah menubuhkan kerajaan [[autonomi]] yang baru untuk mentadbir La Plata di bawah Raja Ferdinand VIII, sementara raja itu di dalam buangan. Kerajaan sementara ini kemudiannya melancarkan kempen tentera untuk mendapat sokongan bandar-bandar pendalaman. Pada 1814, Raja Ferdinand telah kembali berkuasa tetapi beliau ternyata seorang raja yang tidak berkaliber. Oleh itu pada 9 Julai 1816, satu kumpulan perwakilan dari kebanyakan negeri di Argentina telah berhimpun dan berjumpa di [[Tucuman]] dan mengisytiharkan kemerdekaan dari [[jajahan Sepanyol]]. Kerajaan merdeka yang pertama di Argentina itu diberi nama Provinsi-Provinsi Bersatu Rio de la Plata. Namun demikian, revolusi menentang Sepanyol tetap berterusan dan hanya berakhir pada 1824. Jeneral [[Jose de San Martin]], yang berkempen di Argentina, [[Chile]], dan [[Peru]] telah diangkat sebagai wira negara Argentina dan dianggap sebagai bapa kemerdekaan.
 
 
== Era sebelum perlembagaan Argentina 1853 ==