Frederich II dari Prusia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Addbot (bincang | sumb.)
k Bot: Memindahkan 2 pautan interwiki, kini disediakan oleh Wikidata di d:q33550
Anne4321 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Fail:Friedrich II transparent.png|thumb|Frederick II dari Prussia]]
'''Frederick II dari Prusia''' atau '''Frederick II''' ([[24 Januari]] [[1712]] – [[17 Ogos]] [[1786]]) merupakan Raja dari Dinasti [[Hohenzollern]] yang memerintah [[Kerajaan Prusia]] antara tahun [[1740]] sehingga tahun [[1786]]. Atas prestasinya, beliau dikenali juga dengan nama '''Friedrich Agung''' (''Friedrich der Große'') dan juga mendapat gelaran ''der alte Fritz'' ("Fritz Tua"). Frederick merupakan pemerintah yang banyak mempengaruhi sejarah negara [[Jerman]].
 
== PranalaKehidupan luarawal ==
Beliau telah dilahirkan pada 24 Januari 1712 hasil perkahwinan Frederick William I dan Sophia Dorothea. Ayahnya, Frederick William I merupakan Tentera Raja yang membina satu pasukan yang sangat cekap dan perkhidmatan awam yang efisyen. Beliau mahu anaknya menjadi seorang yang terpelajar seperti orang biasa dan bukannya sebagai seorang anak raja.
 
Semasa zaman kanak-kanak, Frederick II menunjukkan minatnya yang mendalam dalam bidang kesusasteraan [[Perancis]], [[sajak]], [[falsafah]] dan muzik [[Itali]]. Namun begitu, ayahnya tidak bersetuju dengan minat anaknya kerana beliau mahukan anaknya melakukan sesuatu kemahiran yang lebih sesuai untuk orang lelaki seperti peperanga, memburu dan menunggang kuda. Frederick II pula seorang yang tegas pendiriannya walaupun masih muda dan tidak bersetuju dengan permintaan ayahnya. Ayahnya telah memarahinya dan memukulnya sehingga lebam. Semasa berumur 18 tahun, Frederick II hendak melarikan diri ke [[England]] dengan kawannya tetapi telah ditangkap.
{{commons|Friedrich II}}
 
{{commons|The Collection of Friedrich II von Preußen}}
== Perkahwinan ==
Beliau telah berkahwin dengan Elizabeth Christine von Braunschweig-Bevern. Walau bagaimanapun, perkahwinan mereka tidak membawa kegembiraan dan mereka tidak mempunyai anak.
 
== Raja Prussia ==
Ayahnya mangkat pada 31 Mei 1740 dan Frederick II telah menjadi Raja Prussia. Frederick banyak memajukan negaranya Prussia. Frederick telah menemui Brandenburg-Prussia, kuasa Eropah yang kelima terbesar pada waktu itu. Beliau banyak menggunakan sumber dan pengaruh ayahnya untuk mengukuhkan negaranya.
 
== Peperangan ==
Frederick telah terlibat dengan banyak peperangan dengan negara Austria dan di antara yang paling terkenal adalah Peperangan Warisan Austria (1740-1748), Peperangan Tujuh Tahun (1756-1763) dan Peperangan Warisan Bavarian pada tahun 1778. Beliau telah mengetuai pasukan tenteranya di hadapan, sebagai seorang panglima tentera. Beliau sememangnya handal sebagai pelaksana dan perancang strategi peperangan. Perancangan operasinya tiada sebarang masalah dan begitu sempurna sekali.
 
== Selepas peperangan ==
Frederick bekerja keras ke arah pertumbuhan ekonomi dan untuk membangunkan Prussia serta menjadikannya sebuah negara yang baru dan kuat dari segi politiknya.
 
== Mangkat ==
Frederick mangkat pada 17 Ogos 1786. Beliau merupakan seorang pemerintah yang unggul dan cekap dalam pemerintahannya. Beliau juga merupakan satu lagenda dan merupakan orang yang penting dalam mencorakkan bukan sahaja sejara untuk negara Jerman tetapi juga sejarah Eropah secara keseluruhannya. Jasa beliau sentiasa diingati sehingga ke hari ini.
 
== Pautan luar ==
{{commons|FriedrichFrederick IIThe Great}}
{{wikiquote|Frederick II of Prussia}}
* {{en}} [http://www.uncg.edu/gar/courses/lixl/380BLS/380Unit1/Lesson1OldEurope_files/VoltaireAndFredericktheGreat.htm "Voltaire and Frederick the Great" by Lytton Strachey]