Wikipedia:Dasar dan garis panduan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 90.148.242.126 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh YiFeiBot
Haziq766 (bincang | sumb.)
Mengganti laman dengan 'Vandalisma atas kerja orang lain adalah dilarang'
Baris 1:
Vandalisma atas kerja orang lain adalah dilarang
{{Polisi|[[WP:POLISI]]|[[WP:DASAR]]}}
'''PERLEMBAGAAN WIKIPEDIA'''
 
'''Wikipedia''' telah membangunkan set dasar dan garis panduan untuk mencapai matlamat penubuhan ensiklopedia bebas ini.
 
Dasar dan garis panduan menggambarkan kepiawaian yang dipersetujui oleh pihak komuniti. Dasar menekankan piawaian yang harus dituruti oleh semua penyunting, manakala garis panduan pula bersifat nasihat mengenai persekitaran Wikipedia.
 
== Takrifan ==
{{Lihat juga|Wikipedia:Takrifan istilah dasar dan garis panduan}}
Takrifan istilah adalah merujuk kepada maksud ringkasan sesuatu istilah asas yang digunakan di laman dasar dan garis panduan atau laman - laman lain yang bersangkutan atau berkaitan dengannya dalam Wikipedia bahasa Melayu. Juga dianggap sebagai takrifan asas bagi frasa-frasa umum perlembagaan Wikipedia bahasa Melayu ini.
 
== Matlamat ==
: ''Lihat juga: [[Wikipedia:Matlamat]]''
Matlamat Wikipedia adalah untuk memberi manfaat kepada para pembaca dengan menjadi sebuah '''[[ensiklopedia]]''' sebuah kompendium menyeluruh yang mengandungi maklumat berkaitan semua cabang ilmu.
 
{{cquote|Matlamat kami dengan Wikipedia adalah untuk membuat sebuah ensiklopedia bebas dan percuma; sesungguhnya ensiklopedia terbesar dalam sejarah, dari segi kelebaran dan kedalaman. Kami juga mahu Wikipedia menjadi sumber yang boleh dipercayai.&mdash;[[Larry Sanger]]<ref>{{citation | last=Sanger| first=Larry | author-link=Larry Sanger | url=http://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Wikipedia_policy&direction=next&oldid=68263 | date=1 November 2001 | publisher=[[Wikipedia]] |
title=Wikipedia Policy | archivedate=2007:12:11 | archiveurl=http://www.webcitation.org/5U0Rx8xAc}}</ref>}}
 
{{cquote|Sesungguhnya, tujuan sesebuah ensiklopedia adalah untuk mengumpul ilmu yang terselerak di seluruh dunia; untuk mengajukan sistemnya kepada orang ramai, dan menyebarkannya kepada mereka yang akan datang kemudian, agar karya-karya abad sebelum berguna kepada abad-abad yang terkemudian; agar anak cucu kita lebih terdidik dan pada masa yang sama menjadi lebih beradab dan gembira, dan supaya kita tidak meninggalkan dunia ini tanpa berkhidmat kepada manusia sejagat.&mdash;[[Denis Diderot|Diderot]]<ref>Diderot, Denis and d'Alembert, Jean le Rond [http://quod.lib.umich.edu/cgi/t/text/text-idx?c=did;cc=did;idno=did2222.0000.004;rgn=main;view=text ''Encyclopédie.''] University of Michigan Library:Scholarly Publishing Office and DLXS. Retrieved on: [[November 17]], [[2007]]</ref>}}
 
== Dasar ==
{{Lihat juga|Wikipedia:Senarai dasar}}
{{Senarai Polisi}}
Anda tidak perlu membaca semua polisi Wikipedia sebelum mula menyumbang! Bagaimanapun, polisi berikut adalah yang paling mustahak. Pengguna wikipedia sebaik-baiknya memahami polisi yang berikut demi perkembangan Wikipedia yang lebih sihat.
 
* '''Jauhi berat sebelah.''' Rencana perlu ditulis dari [[Wikipedia:Pandangan berkecuali|sudut pandangan berkecuali]], yang bererti rencana patut mewakili pandangan dari sudut berbeza secara adil dan bersimpati.
* '''Jangan melanggar hakcipta.''' Wikipedia merupakan ensiklopedia bebas dilesenkan di bawah syarat [[Lesen Dokumentasi Bebas GNU]]. Menghantar kerja tanpa kebenaran pemegang hakcipta mengancam objektif kami untuk membina ensiklopedia bebas yang boleh disebarkan secara bebas, dan boleh mengakibatkan masalah undang-undang kepada projek. Lihat [[wikipedia:hakcipta|Hakcipta Wikipedia]] untuk maklumat lanjut.
* '''Wikipedia merupakan ensiklopedia.''' Tapak ini khusus untuk perkembangan ensiklopedia. Secara khusus, perbincangan di [[Wikipedia:Laman perbualan|laman perbualan]] perlu kearah memperelok rencana. Lihat [[Wikipedia:Wikipedia bukanlah|Wikipedia bukanlah]].
* '''Hormati penyumbang lain.''' Penyumbang datang dari pelbagai negara dan kebudayaan, dan mempunyai pandangan yang berbeza. Dengan menghormati mereka kita dapat bekerjasama dengan efektif dalam membina ensiklopedia. Untuk dasar, sila lihat [[Wikipedia:Etika|etika Wikipedia]].
* '''Ikuti kebiasaan.''' Dengan mengikuti kebiasaan kita dapat menghasilkan ensiklopedia yang konsisten dan mudah digunakan:
** [[Wikipedia:Polisi menyunting|Polisi menyunting]] (Bagaimana menyunting rencana)
** [[Wikipedia:Kelaziman penamaan tajuk rencana|Kelaziman penamaan tajuk rencana]] (Bagaimana memberi tajuk rencana)
** [[Wikipedia:Pengesahan|Pengesahan]] (Bagaimana mengesahkan kandungan rencana)
** [[Wikipedia:Nyahkekaburan|Nyahkekaburan]] (Bagaimana menyelesaikan masalah tajuk)
** [[Wikipedia:Larangan penyelidikan asli|Larangan penyelidikan asli]] (Jangan gunakan selidikan asli)
** [[Wikipedia:polisi penggunaan imej|Polisi penggunaan imej]] (Menangani pindah hantar)
** [[Wikipedia:Menghapuskan laman|Polisi penghapusan]] (Bila dan bagaimana memadam)
** [[Wikipedia:Polisi perlindungan|Polisi perlindungan]] (Bila dan kenapa melindungi sesuatu laman)
** [[Wikipedia:Polisi sekatan|Polisi sekatan]] (Bila dan mengapa menyekat pengguna)
** [[Wikipedia:Polisi lanjutan|Polisi lanjutan]] (Bila polisi atau garis panduan tempatan tidak wujud, maka [[:en:Wikipedia:Policies and guidelines|polisi dan garis panduan Wikipedia bahasa Inggeris]], tertakluk kepada beberapa penghadan, boleh dirujuk)
** [[Wikipedia:Penyelesaian pertikaian|Cara menyelesaikan pertikaian]] (Bagaimana menyeselaikan sebarang pertikaian)
Untuk polisi menggunakan ciri terhad, lihat [[Wikipedia:Penyelia|Penyelia]].
 
Lihat juga [[Wikipedia:Kesalahan biasa Wikipedia|''faux pas'' Wikipedia paling biasa]] untuk maklumat berguna bagi pendatang baru.
 
=== Bagaimana dasar-dasar ini dikuatkuasakan? ===
''Anda'' merupakan penyunting [[Wikipedia]]. Wikipedia tiada ketua penyunting atau pusat suntingan dengan mekanisma atas ke bawah yang memantau serta meluluskan sebarang perubahan pada ensiklopedia ini. Sebaliknya, para peserta giat memantau [[Khas:Perubahan_terkini|Perubahan terkini]] dan membuat suntingan semakan dan pembetulan pada kandungan dan masalah format yang mereka lihat. Ini bermakna, [[Wikipedia:Ahli Wikipedia|peserta]] merupakan penulis dan penyunting.
 
Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa walaupun pendekatan kemas kini fakta dan suntingan jelas menunjukkan ia bebas untuk berubah berikutan dasar dan polisi Wikipedia itu sendiri membenarkan ensiklopedia ini disunting oleh sesiapa jua, namun masih ada pemantauan dibuat agar segala dasar dan polisi Wikipedia yang digariskan dapat sentiasa dikuatkuasakan.
 
Pihak utama dalam sesuatu versi Wikipedia itu sudah tentunya [[Wikipedia:Birokrat|Birokrat]] dan [[Wikipedia:Penyelia|Penyelia]]. Kedua-dua pihak ini sangat penting dalam memastikan sebarang bentuk suntingan dan perubahan yang di buat dalam Wikipedia mesti mematuhi dasar serta polisi Wikipedia itu sendiri. Mereka mempunyai bidang kuasa seperti berikut, sila lihat [[Wikipedia:Tanggungjawab penyelia/Panduan]] dan [[Wikipedia:Tanggungjawab penyelia]].
Namun mereka juga ada beberapa perkara yang tidak menjadi tugasan mereka seperti, sila lihat [[Wikipedia:Penyelia bukanlah]].
 
Maka perlu dijelaskan penyunting-penyunting juga mempunyai hak untuk memberi cadangan dan teguran untuk penambahbaikkan Wikipedia dari masa ke semasa, sila lihat [[Wikipedia:Pendapat dan cadangan pengguna]]. Pengguna dan penyunting juga berpeluang mengikuti diskusi dan perbualan yang dikepilkan bersama dalam satu-satu halaman dalam Wikipedia itu. Setiap penyunting Wikipedia juga bebas melontarkan pendapat dan cadangan serta pelbagai perkara lain di [[Wikipedia:Kedai kopi]] demi pembaikan Wikipedia Bahasa Melayu.
Untuk kes terlampau dan tertentu, [[:en:user:Jimbo Wales|Jimbo Wales]] telah bertindak untuk menegah pengguna yang terbukti merosakkan laman Wikipedia. Jimbo juga telah mengisytiharkan sesetengan polisi sebagai, secara asasnya, polisi rasmi Wikipedia; lihat [http://www.wikipedia.org/pipermail/wikien-l/2002-November/000083.html Wikien-l post] dan [[:en:user:Jimbo Wales/Statement of principles|kenyataan prinsip Jimbo]].
 
Sememangnya banyak medium kebebasan yang wujud dalam Wikipedia ini agar sama-sama kita dapat memajukan Wikipedia sebagai Ensiklopedia Serius yang bermatlamatkan rencana yang berwibawa. Lemah lembut dan bersifat ihsan lah dalam setiap kerja yang dilakukan di Wikipedia. [[Wikipedia:Larangan serangan peribadi|Janganlah mencemuh]] dan melontarkan kata-kata kesat semasa menyertai perbincangan di Wikipedia. Masukkanlah sumber rujukan yang boleh dipercayai semasa menyunting dan elakkanlah berat sebelah.
 
Yang terpenting, anda perlu saling ingat mengingati dan saling bekerjasama antara satu sama lain, kerana semua dasar dan polisi dan Wikipedia tidak akan dikuatkuasakan sekiranya kerjasama dan tolong menolong tidak terjalin dengan saksama daripada semua warga Wikipedia.
 
=== Pembentukan dasar ===
Polisi Wikipedia dibentuk kebanyakan oleh tabiat dan persetujuan. Oleh itu, kenyataan pada laman ini dan laman bersebelahan adalah pada asasnya untuk menerangkan kebiasaan komuniti yang terbentuk.
 
Jika anda berminat membentuk dasar atau garis panduan, sila usulkannya di [[Wikipedia:Kedai Kopi (dasar)|bahagian dasar Kedai Kopi]]. Sebelum anda membentuk dasar atau garis panduan, fikirkan hal-hal yang berikut:
 
# Sama ada dasar atau garis panduan itu memang amat perlu.
# Jika mahu menterjemah pula, jangan sewenang-wenangnya menterjemah, seperti menterjemah dasar dan garis panduan dari Wikipedia bahasa Inggeris dan sebagainya, kerana dasar dan garis panduan yang terkandung di sini adalah hak mutlak masyarakat tempatan Wikipedia bahasa Melayu. Masyarakat ini tidak menerima kesemua dasar dan garis panduan asing, jadi sila dapatkan pendapat di Kedai Kopi terlebih dahulu.
# Kebanyakan dasar dan garis panduan beraplikasi secara automatik daripada [[:en:Wikipedia:Policies and guidelines|Wikipedia bahasa Inggeris]] terus ke Wikipedia bahasa Melayu melalui [[Wikipedia:Polisi lanjutan|dasar lanjutan]]. Jadi anda tidak perlu tergesa-gesa hendak terjemahkan kesemua dasar Wikipedia asing dan silalah buat sedemikian mengikut keperluan semasa sahaja.
 
Kemudian, anda boleh terus usulkan di [[Wikipedia:Kedai Kopi/Jadual usul]]. Untuk keterangan lanjut sila lihat [[Wikipedia:Bagaimana membentuk dasar]].
 
'''NOTA:''' Sekiranya usul dasar atau garis panduan anda berjaya, sila senaraikannya di laman ini dan [[Wikipedia:Senarai dasar|laman senarai dasar]] atau [[Wikipedia:Senarai garis panduan|laman senarai garis panduan]] untuk memudahkan simpanan.
 
== Garis Panduan ==
{{Lihat juga|Wikipedia:Senarai garis panduan}}
{{Senarai garis panduan}}
'''Garis panduan''' merupakan "penjelasan yang rapi mengenai apa yang harus anda lakukan". Sebagai lanjutan daripada polisi dasar di atas, komuniti wikipedia juga mengadaptasikan sejumlah garis panduan yang anda harus timbangkan untuk berakitivi di wikipedia. Garis panduan ini dibahagikan kepada beberapa kelompok seperti di bawah:
 
=== Garis Panduan Umum ===
 
* [[Wikipedia:Sumbang apa yang anda tahu atau sanggup belajar mengenainya|Menyumbang apa-apa yang anda tahu atau sanggup belajar mengenainya]]
* [[Wikipedia:Berani dalam mengemaskini laman|Berani dalam mengemaskini laman]]
* [[Wikipedia:Bina web|Membina web]]
* [[Wikipedia:Bot|Menjauhi penggunaan bot]]
* [[Wikipedia:Jalan pintas|Gunakanlah jalan pintas sebagai kemudahan tersedia untuk anda]]
 
=== Panduan kelakuan ===
* [[Wikipedia:Anggaplah niat baik|Anggaplah niat baik]]
* [[Wikipedia:Tandatangan|Tandatangani segala pesanan dalam halaman perbincangan]]
* [[Wikipedia:Mencarut|Elakkan mencarut]]
* [[Wikipedia:Jangan mencemuh secara peribadi|Jangan mencemuh secara peribadi]] (dan pindah perdebatan peribadi kepada surat elektronik "email")
* [[Wikipedia:Log masuk sebelum membuat suntingan mengejut|Log masuk sebelum membuat suntingan mengejut kepada rencana sedia ada]]
* [[Wikipedia:Polisi nama pengguna|Elakkan nama pengguna yang menjelikkan]]
* [[Wikipedia:Jangan hentam pengguna baru|Jangan serang pengguna baru]]
* [[Wikipedia:Jangan mencipta laman mengenai diri anda|Jangan mencipta laman mengenai diri anda]]
* [[Wikipedia:Kembali asal|Bagaimana menukar laman balik asal]]
* [[Wikipedia:Jangan rencatkan Wikipedia untuk menggambarkan pendapat|Jangan rencatkan Wikipedia untuk memberikan pendapat]]
 
=== Panduan kandungan ===
* [[Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai|Gunakan bahasa piawai]]
* [[Wikipedia:Jelaskan jargon|Jelaskan jargon]]
* [[Wikipedia:Dirikan konteks|Dirikan konteks]] (Elakkan daripada menanggap pengetahuan terlalu banyak pada pengguna lain)
* [[Wikipedia:Definisi harus disertai dengan penjelasan|Definisi harus disertai dengan penjelasan]]
* [[Wikipedia:Sumber yang boleh dipercayai|Gunakan sumber rujukan yang boleh dipercayai]]
* [[Wikipedia:Pembongkaran plot harus disertai amaran|Pembongkaran plot harus disertai amaran]]
* [[Wikipedia:Tulis rencana yang memanfaatkan pembaca|Menulis dengan mengambil kira kepentingan pembaca]]
* [[Wikipedia: Sentiasa menyemak fakta |Sentiasa menyemak fakta]]
* [[Wikipedia:Menutup tulisan anda dengan kesimpulan|Menutup tulisan anda dengan kesimpulan]]
* [[Wikipedia:Letak pautan yang releven sahaja|Letak pautan yang releven sahaja]]
* [[Wikipedia:Pautan luar|Pautan luar harus diberi penjelasan]]
* [[Wikipedia: Elakkan pengucapan menunjuk-tunjuk|Jangan membesar-besarkan sesuatu perkara]]
* [[Wikipedia:Elakkan pengucapan yang samar-samar|Elakkan pengucapan yang samar-samar]]
* [[Wikipedia: Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Indonesia|Jangan menciplak rencana wikipedia Indonesia]]
* [[Wikipedia:Jangan menciplak rencana Wikipedia Bahasa Inggeris|Jangan menciplak rencana Wikipedia Inggeris]]
 
=== Panduan gaya penulisan ===
 
* [[Wikipedia:Manual gaya penulisan|Manual gaya penulisan]]
* [[Wikipedia:Garis panduan penulisan yang lebih baik|Garis panduan penulisan yang lebih baik]]
* [[Wikipedia:Ambil perhatian terhadap ejaan anda|Ambil perhatian terhadap ejaan anda]]
* [[Wikipedia:Jangan masukkan salinan sumber asli|Jangan masukkan salinan sumber asli]]
* [[Wikipedia:Elakkan rencana anda menjadi rencana yatim|Elakkan rencana anda menjadi rencana yatim]]
* [[Wikipedia:Elakkan penggunaan perkataan bahasa asing secara berlebihan|Elakkan penggunaan perkataan bahasa asing secara berlebihan]]
* [[Wikipedia:Elakkan maklumat yang cepat lapuk|Elakkan maklumat yang cepat lapuk]]
* [[Bantuan:Ringkasan suntingan|Ringkasan suntingan]]
* [[Wikipedia:Elakkan penggunaan warna secara berlebihan|Elakkan penggunaan warna secara berlebihan]]
* [[Wikipedia:Jangan wujudkan terlalu banyak tajuk kecil| Jangan wujudkan terlalu banyak tajuk kecil]]
* [[Wikipedia:Gunakan ayat yang ringkas|Gunakan ayat yang ringkas]]
* [[Wikipedia:Manual gaya penulisan (tanda sengkang)|Kurangkan penggunaan tanda sengkang]]
* [[Wikipedia:Elakkan pewujudan perenggan satu-ayat|Elakkan pewujudan perenggan satu-ayat]]
* [[Wikipedia:Jangan gunakan subhalaman|Jangan gunakan subhalaman]]
 
== Lihat juga ==
 
* Laman [[m:Wikipedia|Meta-Wiki]] mempunyai banyak rencana tentang Wikipedia dan topik-topik yang berkaitan.
* Menulis rencana "[[:en:Wikipedia:How-to|how-to]]" dalam Wikipedia.
 
== Nota kaki ==
{{reflist}}
 
{{Polisi dan garis panduan Wikipedia}}
 
[[Kategori:Wikipedia]]
[[Kategori:Polisi dan panduan Wikipedia]]
[[Kategori:Polisi rasmi Wikipedia]]