Pergerakan Negara-Negara Berkecuali: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Romanm (bincang | sumb.)
k +sl:
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
''Untuk rencana lanjutan, lihat [[Sejarah NAM]]''
 
NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden [[Yugoslavia]], [[Josip Broz Tito]] yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa [[Perang Dingin]]. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu [[India]], [[Mesir]], [[Brazil]] dan [[China|Republik Rakyat China]]. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti [[NATO]] atau [[Pakatan Warsaw]], ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.
 
Mesyuarat pertama NAM diadakan di [[Belgrade]] pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang [[kolonisme]], [[imperialisme]] dan [[neo-kolonisme]].
 
Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan [[konflik Arab-Israel]] dan [[Perang India-Pakistan]].
 
Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. [[Kenneth Kaunda]], [[presiden]] [[Zambia]] memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.
 
Pada 1973, mesyuarat diadakan di [[Algiers]] menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (''Oil Shock'') menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.
 
== Sekretariat ==