Saujana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ymtpcpa (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Suffianamrin (bincang | sumb.)
tarikh penubuhan: 16 April 1997
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 23:
}}
 
'''Saujana '''merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan [[Senarai penyanyi Malaysia|penyanyi]] yang aktif di [[Malaysia]]. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid berbahasa [[Bahasa Melayu|Melayu]], [[Bahasa Arab|Arab]], [[Bahasa Inggeris|Inggeris]] dan [[Bahasa Jepun|Jepun]]. Ditubuhkan pada 16 April 1997, anggota-anggota asal kumpulan Saujana berasal dari sebuah kumpulan nasyid sekolah, All For Ummah dari Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. Anggota asal Saujana ialah Azalinor, Suffian, Hakimi, Idzwan dan Faizul. Selepas sepuluh tahun bersama, Hakimi, Idzwan dan Faizul masing-masing menceburi bidang profesional manakala Suffian dan Azalinor berada di dalam industri yang sama. Hakimi, yang setelah beberapa tahun berada di Singapura atas urusan kerja dalam industri perbankan global, kini telah kembali ke Malaysia dan bersama salah satu institusi kewangan terkemuka di Malaysia. Idzwan dan Faizul kini dalam bidang perubatan. Suffian dan Azalinor kekal bersama Saujana, dan Najran dan Adi kini bergabung tenaga meneruskan perjuangan Saujana.
 
Saujana telah menghasilkan tujuh album penuh dengan satu album karaoke, dan terlibat dalam lebih dua puluh album kompilasi bersama artis-artis terkenal di [[Malaysia]]. Kumpulan ini turut menghasilkan album duet bersama [[Kumpulan NowSeeHeart]] pada tahun 2005. Album itu diberi judul Jalan Sehala, memuatkan lagu-lagu dari beberapa komposer terkenal Malaysia antaranya Aidit Alfian dan Loloq.