Alergi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ashkashick (bincang | sumb.)
Ashkashick (bincang | sumb.)
Baris 4:
====Jenis-jenis kehipersensitifan====
Kehipersensitifan terbahagi kepada 4 jenis berdasarkan pembentukannya, dan kesannya kepada badan.
#1. Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik
#2. Kehipersensitifan jenis II atau jenis sitotoksik
#3. Kehipersensitifan jenis III atau jenis kompleks imuniti
#4. Kehipersensitifan jenis IV atau jenis tertunda
 
=====Kehipersensitifan jenis I atau jenis anafilaktik=====
Kehipersensitifan jenis I bertindak hanya pada saluran darah dan, sel otot lembut pada badan manusia. Pembentukannya berlaku dalam tempoh yang cepat berbanding kehipersensitifan lain, iaitu lazimnya kurang daripada sejam selepas terdedah kepada agen alergi tersebut. Tindakan berlaku apabila, mediator primari dibebaskan oleh sel mast dan basofil yang telah disensitifkan oleh immunoglobulin E. Mediator primari ini yang bersifat vasoaktif dan spasmogenik, akan mengakibatkan saluran darah dalam badan mengalami pengembangan, dan sel otot lembut bronkus mengecut lalu mengakibatkan bronkospasma. Jikalau serangan alergi ini tidak terkawal, ia akan menyebabkan kejutan anafilaktik dimana seseorang itu mengalami risiko untuk mati akibat hipoksia.