F.C. Internazionale Milano: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Baris 79:
 
[[File:Festeggiamenti Coppa UEFA Inter-Salisburgo 1993-1994.jpg|250px|thumb|left|Pemain Inter meraikan kejayaan [[Piala UEFA 1993-94|Piala UEFA]] setelah membenam [[FC Red Bull Salzburg|Salzburg]] pada tahun 1994]]
Pada era 1990an boleh dilihat dekad mengecewakan bagi peminat Inter. Pesaing rapat Inter, [[A.C. Milan|Milan]] dan [[Juventus F.C.|Juventus]] telah mencapai pencapaian cemerlang sama ada di perngkatperingkat domestik dan Eropah manakala Inter jauh ketinggalan dengan keputusan tidak memberangsangkan. Lebih-lebih lagi, Inter berada hanya satu mata daripada zon penyingkiran. Walau bagaimanapun, Inter meraih tiga kejayaan [[Liga Europa UEFA|Piala UEFA]] pada tahun 1991, 1994 dan 1998.
 
[[Massimo Moratti]] mengambil alih sebagai presiden kelab daripada Ernesto Pellegrini pada tahun 1995. Selepas pengambil alihan itu, Inter sebanyak dua kali memecah rekod perpindahan pemain termahal dunia (£19.5 juta untuk [[Ronaldo]] dari Barcelona pada 1997 dan £31 juta buat [[Christian Vieri]] dari [[S.S. Lazio|Lazio]] dua tahun kemudian). Walau bagaimanapun, dekad 1990 tetap sedikit mengecewakan apabila inilah satu-satunya dekad dalam sejarah Inter di mana Inter tidak dapat meraih kejuaraan liga.