Nunuk Ragang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Sagiaan1869 (bincang | sumb.)
Baris 1:
{{wikikan}}
=== '''NUNUK RAGANG''' ===
Istilah [[Nunuk Ragang]] yang bererti “Pohon Ara Merah, telah tertanam sangat dalam pada ingatan setiap orang kaum Kadazan-Dusun. Dikatakan bahawa pada dahulu kala, semasa di Nunuk ragang, nenekmoyang orang Kadazan-Dusun mendiami sebuah rumah panjang. Terdapat 10 pintu keluarga pada [[Rumah panjang]] tersebut yang letaknya di bawah sepohon kayu ara besar berkulit kemerah-merahan.
 
Baris 19:
Penyebab bagi migrasi tersebut adalah apa yang disebut oleh nenek moyang sebagai gangguan dari Minorit kini di beri istilah Tekanan Minorit. Ketamadunan biasany bermula di wilayah pertemuan sungai sungai yang yang besar. Liwagu Kogibangan dan Liwagu Kowananan serta Labuk mempunyai potensi untuk permulaan suatu ketamadunan Kadazan-Dusun. Malangnya akibat krisis Minorit itu maka gagallah masyarakat Kadazan-dusun 
 
==== Tekanan Minorit ====
Sebelum abad ke 19, istilah Minorit ini, tidak terdapat tercatit di mana-mana rekod. Ini disebabkan suku kaum Kadazan-Dusun tidak memiliki sebarang system penulisan. Segala maklumat di perturunkan oleh kaum tua-tua kepada kaum generasi muda hanya melalui cerita. Cerita-cerita tersebut seringkali merupakan sebuah metafora untuk menggambarkan keadaan atau kejadian yang benar, namun perlu disampaikan dalam bentuk metafora guna menyembuni sesuatu keadaan atau melindungi seseorang. Sehingga ke tahun 50an dan 60an, semasa generasi muda Kadazan-dusun masih sangat fasih berbahasa ibunda mereka, frasa “Minorit ialoh” (engkau seorang Minorit), “minorit!!” selalu kedengaran dipakai sebagai frasa pernyataan sifat-sifat atau kata luahan kekecewaan. Kini frasa atau perkataan tersebut tidak lagi digunakan mungkin kerana pengunaannya dianggap sebagai ketinggalan zaman oleh generasi siber. Memang benar bahawa frasa atau perkataan tersebut tergolong pada Zaman kuno. Namun demikian perkataan “Minorit” sebenarnya sangat bermakna kerana dengan satu perkataan sahaja maka tercetuslah dan terlancarlah suatu gelombang migrasi pada zaman kuno dan yang melibatkan semua kaum Kadazan-Dusun yang sampai hari ini membentuk dan mewarnai hampir seluruh wilayah yang dulu disebut Borneo Utara dan kini dikenali dengan nama Sabah.Pada tahun, mungkin untuk pertamakalinya, seorang pengkaji etnografi juga arckeologi<ref>I.H.N. Evans (1922); The Religion Of The Tempasuk Dusun Of Borneo. ''Cambridge University Press.''m.s.30</ref> telah membuat rekod bertulis mengenai istilah ini . Menurut kajiannya perkataan Minorit di pakai oleh suku [[Dusun Tindal]] di <nowiki>[[Tempasuk]]</nowiki> dan juga oleh suku Dusun [[Rungus]] di [[Matunggong]] bagi merujuk kepada keadaan atau sifat yang membosankan kerana “terus ada persamaan”. Sebagai contoh frasa “minorit o Paka” (semua rumput lalang) dipakai untuk merujuk kepada keadaan tanah yang telah di liputi keseluruhannya oleh tumbuhan yang tidak disukai ia itu rumput lalang, seperti yang kini terjadi meluas dalam daerah Matunggong, Sabah. Usaha pembangunan pertanian pun sangat sukar, kebakaran liar terjadi setiap musim kemarau dan kawasan tanah telah kehilangan kesuburan. Keadaan kemiskinan di kalangan penduduk berleluasa.
 
Suku Kimarangan dan Sonsogon pula mengunakan istilah “minorit o lasu” untuk merujuk kepada keadaan kulit yang telah dijangkiti ruam panas. Pada kulit pengidap ruam panas terdapat banyak biji-bijian kecil dan sama dari segi saiznya. Ia mengandungi air dan kulit terasa sangat gatal serta pedis.
 
==== Pemilihan Arah Tuju ====
Keluaran dari Nunuk Ragang diawali dengan suatu "pitimburungakan". Keputusan dari kaum paderi wanita pagan atau bobolian memberi penjelasan bahawa andaikata semua suku kaumKadazan-Dusun tidak berpindah maka seluruh bangsa akan punah akibat serangan dari Minorit. Pemimpin-pemimpin suku-suku mencapai persepakatan bahawa suku kaum Tagahas (yang kuat) di tugaskan untuk pertahanan belakang (rear guard) sementara suku-suku yang lain secepat mungkin mulai berangakat dari sentral Nunuk Ragang.
 
Baris 31:
Suku kaum Tuhawon berangkat keluar dari Nunuk Ragang dalam dua kumpulan. Kumpulan pertama masuk ke suatu lembah kecil yang di ambang masuknya terdapat pusat persinggahan pemburuan dan pengumpulan bernama Tubau-Pudan. Kumpulan suku Tuhawon ini dipimpin oleh seorang ketua klan bernama Tamadon. Lembah Tubau-Pudan ini adalah suatu lembah yang belum pernah dihuni atau diketahui isi dan keluasannya.
 
==== Pemilihan Tanda Pertalian Persaudaraan ====
Sebagai tanda pertalian persaudaraan antara semua suku-suku Kadazan-Dusun tiga jenis barang2 yang sangat bernilai di bagi bahagi kepada setiap sukuː
* Sagiaan
* Tangon
 
==== '''Metafora Minorit''' ====
Minorit adalah metafora mengenai kemunculan usaha monokulturalisme dalam masyarakat Kadazan-Dusun dan dan kemerosotan sumber alam di Nunuk Ragang. Kedua-dua ini berkait rapat dengan agama nenek moyang kaum Kadazan-Dusun yang pada zaman itu menganuti agama animisme dan menyembah Kinorohingan sebagai Tuhan (bersama Huminodun) dan Bambarayon (roh sumber makanan/padi) sebagai penyelamat mereka. Dikemudian hari nanti, di mana pun kaum Kadazan-Dusun membuat penempatan baru, tema monokulturalisme dan perayaan penyelamatan/penuaian sering mengiringi kehidupan mereka.