Kapal pembinasa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 1:
Dalam istilah tentera laut, '''kapal pembinasa''' adalah kapal perang yang laju dan lincah dengan keupayaan bergerak jarak jauh dengan tujuan untuk mengiringi kapal bersaiz besar dalam armada atau angkatan perang dan mempertahankan kapal besar dari penyerang jarak dekat yang bersaiz lebih kecil.
 
== Sejarah kapal perusakpembinasa ==
 
Sejarah kapal pembinasa bermula tidak lama selepas [[perang saudara Chile]] [[1891]] dan dalam [[Perang Sino-Jepun (1894-1895)]]. Dalam konflik tersebut, sejenis kapal baru yang ternyata amat berkesan – [[bot torpedo]] yang lincah dan kecil, dicipta oleh [[John Ericsson]]. Kapal kecil ini mempunyai kelajuan setanding dengan kapal besar, dan boleh memecut hampir, melepaskan torpedo, dan cabut lari.
Baris 9:
Dalam kes ini pasukan bertahan terpaksa memilih sasaran yang mana untuk diserang: kapal besar yang mereka direka untuk sangga, atau bot torpedo yang lebih kecil yang sedang menyerbu untuk menyerang. Bagaimanapun, serangan dua penjuru ini tidak hampir tidak membabitkan sebarang kos kepada penyerang, kerana nilai bot torpedo yang kecil amat murah.
 
Pasukan tentera laut dunia menyedari keperluan untuk senjata menyangga dan memajukan ''perusakpembinasa bot torpedo''. Idea asas adalah untuk mempunyai tabir kapal yang sepantas bot torpedo, tetapi dilengkapi meriam bukannya torpedo. Ia akan beroperasi jarak jauh dari armada [[kapal utama]] untuk menghalang bot torpedo dari sampai pada jarak tembakan [[torpedo]]
 
Walau bagaimanapun ianya jelas bahawa konsep ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Kapal ini memang berupaya menyekat serangan dari bot torpeda (yang kebiasaanya tidak mempunyai meriamnya sendiri), tetapi ianya akan menjadi sasaran mudah untuk kapal-kapal utama yang lain sewaktu beroperasi jauh dari dari gerombolan. Oleh itu mereka kerap dilengkapi dengan torpedo sendiri.
 
Satu lagi masalah ialah bot torpedo berjarak dekat oleh itu lebih mudah dan murah untuk dihasilkan. Walau bagaimanapun kapal perusakpembinasa mempunyai masalah kerana ianya perlu beroperasi sebagai peninjau untuk gerombalannya. Ini memerlukan mereka mempunyai kelajuan dan jarak sebagaimana [[kapal tempur]], jadi kapal perusakpembinasa kerap lebih besar dari bot torpedo yang perlu mereka hadapi.
 
Ancaman yang timbul semenjak [[Perang Dunia I]] dengan pengenalan [[kapal selam]]. Secara umum istilah kapal selam, atau [[U-boat]], tidak lain dari bot torpedo dengan keupayaan untuk menyelam seketika. Bagaimanapun perubahan ini membenarkan kapal selam untuk bersembunyi dari meriam kapal perusakpembinasa dan menghampiri pada jarak torpedo ketika di bawah [[air]]. Ini mendorong kepada perubahan pantas kepada kapal perusakpembinasa ketika perang, yang dilengkapi dengan [[depth charge]] dan [[sonar]] untuk menangkis ancaman baru ini.
 
Pada [[Perang Dunia II]] ancaman telah berubah sekali lagi. Kapal terbang kini menjadi senjata utama kuasa laut, dan sekali lagi armada kapal perusakpembinasa dikemas kini dengan meriam [[anti pesawat]], sebagai tambahan kepada senjata ringan sedia ada, depth charges, dan torpedo. Pada waktu ini kapal perusakpembinasa telah menjadi kapal serba guna yang berasingan.
 
== kapal pembinasa moden US ==