Mirwana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 27:
Di SMKA Maahad Hamidiah Kajang, kumpulan nasyid Mirwana sebenarnya ada pada setiap ambilan pelajar. Generasi pertama Mirwana adalah pada tahun 1991 yang ditubuhkan oleh penyanyi dan komposer terkenal, Yasin Sulaiman, selepas beliau menubuhkan kumpulan nasyid Brothers. Mereka bergerak di bawah Cable Maahad Network (CMN) bersama Ustaz Abu Hassan Morad.
 
Sehingga sekarang, kumpulan nasyid Mirwana [[Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah|SMKA Maahad Hamidiah]] masih diperturunkan dan masih bertahan dari generasi ke generasi.
 
Mirwana yang dikenali ramai pada hari ini ialah daripada generasi yang kelima Mirwana SMKA Maahad Hamidiah Kajang. Semasa generasi kelima ini, mereka masih lagi dipimpin oleh saudara Yasin. Dan hanya Mirwana generasi kelima ini saja yang berani tampil sebaris dengan artis-artis lain dalam arus perdana industri muzik Malaysia. Kewujudan Mirwana sebaris dengan kumpulan Raihan yang dahulunya dikenali sebagai The Zikr, Nada Murni (Rabbani dan Hijjaz), Anugerah (Nowseeheart) dan All For Ummah (Saujana).