Gran Turismo (permainan video): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan '{{Infobox video game | title = Gran Turismo | image = | caption = | developer = Polyphony Digital<br> Cyberhead<ref name="cyberhead_profile">{{cite web|ti...'
 
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 21:
 
Selepas lima tahun melalui fasa pembangunan, permainan video ini mendapat respon yang sangat positif, telah terjual sebanyak 10.85 juta salinan di seluruh dunia sehingga setakat Mac 2013<ref>{{cite web|url=http://www.polyphony.co.jp/english/list.html |title=''Gran Turismo Series Software Title List'' |date=2013 |accessdate=30 Januari 2013 |publisher=polyphony.co.jp |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20070206025009/http://www.polyphony.co.jp/english/list.html |archivedate=6 Februari 2007 |df= }}</ref>. Judul permainan video ini adalah judul pertama di bawah siri Gran Turismo yang kini mengandungi lebih dari 10 judul sekuel.
 
 
== Cara permainan ==
 
Permainan ''Gran Turismo'' bergenre perlumbaan. Pemain perlu mengawal kereta mereka dan berlumba dengan beberapa kereta lain yang dikawal oleh pelumba komputer (Kecerdasan buatan|AI) bertempat di beberapa litar perlumbaan. Terdapat dua jenis cara permainan iaitu ''Arcade Mode'' dan ''Simulation Mode'' (atau dikenali sebagai ''Gran Turismo Mode'' bagi versi [[PAL]] dan [[Jepun]]). Dalam ''Arcade Mode'', pemain bebas untuk memilih litar perlumbaan dan kereta yang mereka ingin gunakan. Pemain akan menerima kereta atau litar tambahan sekiranya mereka memenangi perlumbaan tersebut.
 
Dalam ''Simulation Mode'' pula, pemain perlu mendapatkan beberapa jenis lesen sebelum dibolehkan untuk berlumba dalam sesebuah acara. Bagi permulaan, pemain akan diberikan wang maya yang dikenali sebagai ''Credit'' (Cr) sebanyak 10,000 yang digunakan untuk membeli kereta atau mendapatkan lesen. Pemain yang memenangi acara perlumbaan akan mendapat hadiah seperti wang Credit, trofi serta kereta. Selain dari membeli kereta, wang Credit juga boleh digunakan untuk membeli alat ganti tambahan dan ubahsuai kereta.
 
Permainan video ''Gran Turismo'' memiliki 178 jenis kereta dan 11 buah litar perlumbaan<ref>{{cite web|url=https://www.giantbomb.com/gran-turismo/3030-2416/ |title=''Gran Turismo'' |date=15 November 2014 |accessdate=22 Mei 2017 |publisher=Giant Bomb}}</ref>.