Pendidikan menengah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
k Kembali kesuntingan akhir oleh 219.93.174.102
Baris 4:
Pendidikan menengah di sini adalah dijalankan di:-
* sekolah akademik (sekolah biasa atau berasrama penuh)
* [[sekolah menengah teknik dan vokasional]]
* [[sekolah menengah kebangsaan agama]]
 
===[[Sekolah Berasrama Penuh]]===
Hanya pelajar terpilih dari segi akademik layak untuk masuk ke sekolah ini.Pelajar berhak memilih bahasa tambahan seperti bahasa Jepun, bahasa Jerman, bahasa Perancis dan bahasa Arab.Pelajar yang memasuki SBP aliran agama wajib mengambil bahasa Arab seperti [[KISAS]] .Turut digelar SBP.
 
===[[Sekolah Menengah Teknik]]===
Dipilih selepas tingkatan tiga iaitu selepas [[PMR]] berdasarkan keputusan PMR masing-masing.Pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang diserap ke aliran teknik, pelajar dengan keputusan sederhana akan diserap ke aliran vokasional dan pelajar yang mendapat keputusan yang agak 'teruk' akan diserap ke aliran kemahiran. Turut dikenali sebagai SMT.
 
===[[Sekolah Menengah Kebangsaan Agama]]===
Dipilih daripada pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang dalam [[UPSR]] mahupun [[PMR]]. Pelajar yang memasuki sekolah ini akan diajar bahasa Arab. Pada sebelah petang dan malam akan diajar subjek agama. Selalunya bab-bab fiqh (fekah). Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Timur Tengah contohnya Universiti Madinah dan Universiti al-Azhar boleh mengambil peperiksaan agama iaitu [[Sijil Tinggi Agama Malaysia]] atau STAM yang hanya ada di [[Sekolah Agama Negeri]] atau SAN dan [[Sekolah Agama Rakyat]] atau SAR kerana sekolah-sekolah ini mengguna pakai Al-Azhar Bu'uth(sukatan). Turut digelar SMKA.
 
Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar dibahagikan kepada aliran tertentu seperti [[sains]], [[perdagangan]] atau [[sastera]]. Sewaktu berusia tujuh belas atau lapan belas tahun iaitu di tingkatan lima, mereka dikehendaki mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] atau SPM. Sekiranya lulus mereka boleh meneruskan pelajaran menengah di tingkatan enam dan mengambil peperiksaan [[Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia]] atau STPM ataupun mengambil [[peperiksaan]] lain seperti A-levels.