Hikayat Merong Mahawangsa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 64:
Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia dikaitkan dengan dua tempat iaitu Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu diceritakan ada sabuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun yang menembusi batu sedalam sebatang buluh. Sempena inilah nama Tikam Batu diambil.
 
Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda menyembah tokong yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dibawa balik ke India. Memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah, kemungkinan berhala pujaannya adalah [[Dewa Kali]]. Mengikut kepercayaan Hindu, dewa ini suka memakan darah dari korban berdarah.
 
Kemungkinan kedua adalah baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang pada lagenda di Kedah tinggal di kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi denagn amalan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin disebabkan banyak protein dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran.