Jupp Heynckes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 69:
 
Heynckes dimasukkan ke dalam skuad Jerman Barat yang mengambil bahagian dalam [[Piala Dunia FIFA 1974|Piala Dunia 1974]] yang diadakan di negara tanah airnya. Beliau kebanyakannya hanya duduk di bangku simpanan apabila posisi penyerang diisi oleh [[Gerd Müller]] yang ditetapkan oleh jurulatih [[Helmut Schön]].<ref> name=nineteenseventytwo</ref> Heynckes hanya terlibat dalam kesebelasan utama Jerman Barat pada dua perlawanan iaitu menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Chile|Chile]] dan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Australia|Australia]]<ref>{{Cite news|url=http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/players/player=50865/index.html|title=Jupp HEYNCKES|accessdate=2 June 2013|work=FIFA}}</ref> sebelum beliau tidak tampil dalam perlawanan Piala Dunia kerana kecederaan sehinggalah ''die Nationalelf'' meraih trofi Piala Dunia keduanya menewaskan [[Pasukan bola sepak kebangsaan Belanda|Belanda]] 2-1 pada final.
 
==Kerjaya pengurus==
 
====Borussia Mönchengladbach====
Selepas mengumumkan persaraan, beliau mengambil alih jawatan pembantu jurulatih [[Borussia Mönchengladbach]] sebelum menjadi pengurus pasukan menggantikan [[Udo Lattek]] pada tahun 1979 ketika usia 34 tahun.
 
Beliau memegang jawatan pengurus Borussia Mönchengladbach sehinggalah tahun 1987. Walaupun tidak meraih sebarang kejuaraan sepanjang tempohnya di situ, beliau digelar "juara tanpa gelaran".<ref> name=triumphs</ref> Beliau telah dilantik menjadi pengurus juara Bundesliga, [[FC Bayern Munich|Bayern Munich]] pada musim panas 1987 dan jawatan yang beliau sandang digantikan oleh bekas pengurus Mönchengladbach, Udo Lattek.<ref> name=farewells</ref>
 
Heynckes merekodkan 169 kemenangan, 77 seri dan 97 kekalahan.<ref> name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"</ref>