Jupp Heynckes: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Muhd Aiman65 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 78:
 
Heynckes merekodkan 169 kemenangan, 77 seri dan 97 kekalahan.<ref> name="Bor. Moenchengladbach - Trainerhistorie"</ref>
 
===Bayern Munich===
Heynckes dilantik menjadi pengurus kelab [[FC Bayern Munich]] pada 1 Julai 1987. Beliau menjadi pengurus kelab Bavara itu sehingga 8 Oktober 1991. Pada musim pertamanya, Bayern meraih [[DFB-Supercup 1987|DFL-Supercup]] dengan menewaskan [[Hamburger SV|Hamburg]] 2–1.<ref> name="1987 German Super Cup"</ref> Bayern seterusnya merangkul kejuaraan [[Bundesliga]] pertama di bawah kendalian Heynckes pada musim [[Bundesliga 1988-89|1988-89]]. Tidak cukup dengan kejayaan tersebut, Bayern menambah lagi trofi Bundesliga buat kali kedua berturut-turut pada [[Bundesliga 1989-90|musim seterusnya]].
 
Pada musim 1991-92, Heynckes dipecat oleh Bayern pada 4 Oktober 1991 selepas pasukannya hanya mencatat empat kemenangan daripada 12 perlawanan pertama [[Bundesliga 1991-92|Bundesliga]]. Saat pemecatan Heynckes, Bayern menduduki carta ke-12 liga. Bayern terus bergelut selepas pemergian Heynckes dan akhirnya menamatkan musim di tempat ke sepuluh dan berada kelebihan lima mata daripada zon penyingkiran. Keputusan memecat Heynckes kemudian diungkapkan oleh [[Uli Hoeneß]] sebagai "kesilapan terbesar dalam kerjaya saya".<ref name=UEFA>{{UEFA coach|36291|Jupp Heynckes| accessdate = 31 May 2013}}</ref>
 
===Sepanyol===
Pada tahun 1992, Heynckes dilantik sebagai ketua jurulatih kelab Sepanyol, [[Athletic Bilbao]] sekali gus menjadikan beliau sebagai pengurus ketiga Jerman membimbing pasukan [[La Liga]] selepas [[Hennes Weisweiler]] dan Udo Lattek, kedua-duanya mengendali kelab [[FC Barcelona|Barcelona]]. Pada musim [[La Liga 1992-93|pertamanya]], Athletic menduduki tempat kelapan liga.<ref> name="1992–93 league table">{{cite web|title=Spain {{!}} Primera División 1992/1993 {{!}} 38. Round|url=http://www.worldfootball.net/schedule/esp-primera-division-1992-1993-spieltag/38/|accessdate=29 July 2016}}</ref> Pada musim [[La Liga 1993-94|1993-94]], beliau membawa kelab Basque menduduki tempat kelima liga sekali gus membawa anak buahnya menempah tempat ke kelayakan [[Piala UEFA]].<ref> name="1993–94 league table">{{cite web|title=Spain {{!}} Primera División 1993/1994 {{!}} 38. Round|url=http://www.worldfootball.net/schedule/esp-primera-division-1993-1994-spieltag/38/|publisher=World Football|accessdate=29 July 2016}}</ref>
 
Pada 1 Julai 1994, Heynckes kembali ke Jerman untuk menjadi pengurus kelab [[Eintracht Frankfurt]]. Tempoh Heynckes di Frankfurt dihujani masalah dan pertikaian dengan pemain-pemainnya termasuklah [[Anthony Yeboah]], [[Jay-Jay Okocha]] dan [[Maurizio Gaudino]].<ref>{{Cite news|url=http://espnfc.com/columns/story/_/id/1392192/uli-hesse:-heynckes-mellows-to-become-a-record-breaker?cc=3436|title=Heynckes mellows to be record breaker|date=30 March 2013|accessdate=31 May 2013|work=ESPN FC | first = Uli | last = Hesse}}</ref> Pada Disember 1994, tiga pemain tersebut dihukum kerana kurang mempamerkan usaha ketika menjalani latihan. Oleh sebab ketiga-tiga pemain ini menolak untuk beraksi dalam perlawanan menentang Hamburg, mereka digantung selama-lamanya. Gaudino dipinjam ke [[Manchester City F.C.|Manchester City]] pada bulan seterusnya<ref>{{Cite news|url=http://www.independent.co.uk/sport/city-sign-german-charged-with-car-theft-1390297.html|title=City sign German charged with car theft|date=20 December 1994|accessdate=31 May 2013|work=The Independent | first = | last = }}</ref> dan Yeboah dijual ke [[Leeds United F.C.|Leeds United]] pada Januari 1995. Okocha pula dibenarkan kembali ke pasukan namun berpindah ke [[Fenerbahçe S.K.]] pada tahun 1996. Heynckes meninggalkan kelab pada 2 April 1995 selepas tewas 3-0 di halaman sendiri kepada [[FC Schalke 04|Schalke 04]].<ref> name="1994–95 season"</ref> Sementara itu, Frankfurt menduduki tempat ke-13 liga pada musim tersebut.
 
Pada tahun 1995, Heynckes kembali ke Sepanyol untuk mengambil alih jawatan ketua jurulatih [[CD Tenerife|Tenerife]].<ref> name="Jupp Heynckes"</ref> Pada [[La Liga 1995-96|La Liga]], beliau membawa pasukan yang berpusat di [[Kepulauan Canary]] itu layak ke [[Piala UEFA]] selepas menghuni tempat kelima liga.<ref> name="1995–96 league table">{{cite web|title=Spain {{!}} Primera División 1995/1996 {{!}} 42. Round|url=http://www.worldfootball.net/schedule/esp-primera-division-1995-1996-spieltag/42/|publisher=World Football|accessdate=29 July 2016}}</ref> Pada musim [[La Liga 1996–97|seterusnya]], kelab ini menghuni tempat kesembilan di La Liga<ref> name="1996–97 league table">{{cite web|title=Spain {{!}} Primera División 1996/1997 {{!}} 42. Round|url=http://www.worldfootball.net/schedule/esp-primera-division-1996-1997-spieltag/42/|publisher=World Football|accessdate=29 July 2016}}</ref> dan melangkah ke peringkat separuh akhir [[Piala UEFA 1996-97|Piala UEFA]] sebelum disingkirkan oleh pemenang kejohanan, Schalke 04.<ref> name="1996–97 season">{{cite web|title=CD Tenerife {{!}} Dates & results 1996/1997|url=http://www.worldfootball.net/teams/cd-tenerife/1997/3/|publisher=World Football|accessdate=16 January 2014}}</ref>
 
Pada Jun 1997, Heynckes dilantik oleh juara Sepanyol, [[Real Madrid C.F.|Real Madrid]] sebagai ketua jurulatih kelab. Real Madrid meraih [[Supercopa de España 1997|Piala Super Sepanyol]] dengan menewaskan [[FC Barcelona]] 5-3 secara agregat. Dalam kempen [[Liga Juara-Juara 1997-98|Liga Juara-Juara]], Heynckes membawa Real menewaskan [[Juventus F.C.|Juventus]] 1–0 pada perlawanan akhir untuk menjulang trofi Piala Eropah tersebut ke Madrid buat pertama kali ejak tahun [[Piala Eropah 1965-66|1966]].<ref name="Mourinho replaces Heynckes at Benfica">{{Cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/europe/933884.stm|title=Mourinho replaces Heynckes at Benfica|date=20 September 2000|accessdate=1 June 2013|work=BBC}}</ref> Walau bagaimanapun, oleh kerana kurang memperoleh kejayaan di peringkat domestik dengan menduduki tempat keempat [[La Liga 1997-98|liga]], kontraknya ditamatkan pada penghujung musim.<ref name="Football: Heynckes is sacked by Real Madrid">{{cite news |title=Football: Heynckes is sacked by Real Madrid |url=http://www.independent.co.uk/sport/football-heynckes-is-sacked-by-real-madrid-1156745.html |work=The Independent |publisher=Independent Print Limited |date=29 May 1998 |accessdate=10 May 2012}}</ref>
 
===Benfica dan kembali ke Athletic===
Selepas dipecat oleh Real Madrid, Heynckes menggantikan [[Graeme Souness]] untuk menjadi ketua jurulatih bagi kelab Portugal, [[S.L. Benfica|Benfica]] bagi menghadapi musim [[Primeira Liga 1999-2000|1999-2000]]. Benfica menghuni tempat ketiga pada musim pertama di bawah kendalian Heynckes.<ref name="1999–2000 league table">{{cite web|last=Pascoal|first=Alcino|title=Portugal 1999/2000|url=http://www.rsssf.com/tablesp/port00.html|publisher=RSSSF|accessdate=16 January 2014}}</ref>
 
Selepas melepaskan ikon dan kapten kelab, [[João Vieira Pinto|João Pinto]] yang menyertai musuh tradisi, [[Sporting Clube de Portugal|Sporting CP]], Heynckes menjadi tidak popular di kalangan peminat dan meninggalkan kelab melalui persetujuan bersama pada September 2000. Benfica di tempat ketujuh liga saat pemergian Heynckes.
 
Pada tahun 2001, Heynckes kembali ke Athletic Bilbao buat tempoh kedua sebagai jurulatih. Pada musim [[La Liga 2001–02|2001–02]], Athletic menghuni tempat kesepuluh La Liga sekali gus terlepas peluang ke [[Piala UEFA 2002-03|Piala UEFA]]. Musim [[La Liga 2002-03|seterusnya]] menyaksikan Athletic menduduki tempat ketujuh La Liga<ref name="2002–03 league table">{{cite web|title=Spain {{!}} Primera División 2002/2003 {{!}} 38. Round|url=http://www.worldfootball.net/schedule/esp-primera-division-2002-2003-spieltag/38/|publisher=World Football|accessdate=29 July 2016}}</ref> dan sekali lagi terlepas satu mata untuk layak ke [[Piala UEFA 2003-04|Piala UEFA]]. Pada Jun 2003, Heynckes meninggalkan Athletic untuk menjadi ketua jurulatih Schalke 04.
 
===Kembali ke Jerman===
Pada tahun 2003, selepas tahun di [[Semenanjung Iberia]], Heynckes kembali ke Jerman untuk mengendali pasukan [[FC Schalke 04|Schalke 04]]. Pada musim pertamanya, beliau mensasarkan menghuni tempat kelima teratas Bundesliga, Schalke menamatkan musim [[Bundesliga 2003-04|2003-04]] di tempat ketujuh liga. Pada musim [[Bundesliga 2004-05|seterusnya]], Schalke menghuni zon penyingkiran selepas tewas tiga daripada empat perlawanan pembukaan liga. Pada 15 September 2004, Heynckes dipecat oleh pihak kelab yang diketuai [[Rudi Assauer]].
 
Pada Mei 2006, Heynckes kembali mengendali kelab Borussia Mönchengladbach, tempat di mana beliau memulakan kariernya sebagai pemain dan pengurus. Gladbach menduduki tempat kelima dalam [[Bundesliga 2006-07|Bundesliga]] selepas memenangi empat perlawanan di laman sendiri pada awal musim. Beliau meletak jawatan pada 31 Januari 2007<ref name="Hitzfeld to the Rescue as Bayern Munich Axe Magath">{{cite news|title=Hitzfeld to the Rescue as Bayern Munich Axe Magath|url=http://www.dw.com/en/hitzfeld-to-the-rescue-as-bayern-munich-axe-magath/a-2332909|accessdate=26 July 2016|publisher=Deutsche Welle|date=31 January 2007}}</ref> selepas 14 perlawanan liga tanpa kemenangan yang menyaksikan Borussia jatuh ke tempat ke-17 liga. Pada Mei 2013, ketika kembali ke [[Borussia-Park]] pada perlawanan terakhirnya sebagai jurulatih, Heynckes berkata, "Inilah kelab saya. Tempat saya memulakan kerjaya pada usia 19 tahun dan seterusnya sebagai jurulatih. Mönchengladbach adalah kampung saya. Saya menghabiskan 23 tahun di kelab ini, jadi perlawanan ini bukanlah perlawanan biasa bagi saya."<ref>{{Cite news|url=http://articles.timesofindia.indiatimes.com/2013-05-17/top-stories/39334919_1_bayern-munich-jupp-heynckes-champions-league|title=Bayern's Heynckes to close 'Gladbach circle|date=17 May 2013|accessdate=3 June 2013|work=Times of Inda}}</ref>
 
Nasib kelab selepas pemergian Heynckes tidak meningkat dan akhirnya, Borussia tersingkir ke divisyen kedua pada penghujung musim selepas menghuni tangga tercorot di Bundesliga.<ref>{{Cite news|url=http://www.dfb.de/news/en/e-bundesliga/bremen-lose-at-bielefeld-moenchengladbach-relegated/10979.html|title=Bremen lose at Bielefeld – Mönchengladbach relegated|date=29 April 2007|accessdate=1 June 2013|work=Deutscher Fußball-Bund}}</ref>
 
===Tahun-tahun akhir===
Selepas dua tahun menyepi, Heynckes kembali ke bola sepak pada April 2009 dengan menjadi jurulatih sementara Bayern Muncih selepas [[Jürgen Klinsmann]] dipecat.<ref>{{cite web | url = http://edition.cnn.com/2009/SPORT/football/04/27/germany.bayern/index.html | title =Klinsmann dismissed as Bayern Munich coach | publisher = CNN News | date = 27 April 2009 | accessdate = 15 September 2009}}</ref> Bayern dalam kedudukan bahaya selepas terlepas kelayakan [[Liga Juara-Juara UEFA 2009-10|Liga Juara-Juara]] saat perlantikan Heynckes.<ref>{{Cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/8020338.stm|title=Coach Klinsmann sacked by Bayern|date=27 April 2009|accessdate=1 July 2013|work=BBC}}</ref> Namun, pasukan ini menccatat empat kemenangan dan satu seri pada baki perlawanan sebelum mereka menduduki tempat kedua [[Bundesliga 2008-09|Bundesliga]], dua mata di belakang pendahulu, [[VfL Wolfsburg]].<ref>{{Cite news|url=http://www.dw.de/the-hunt-for-bayerns-old-fox-jupp-heynckes/a-16779567|title=The hunt for Bayern's old fox Jupp Heynckes|date=1 May 2009|accessdate=1 June 2013|work=Deutsche Welle}}</ref>
 
Pada 5 Jun 2009, Heynckes menandatangani kontrak dua tahun bersama kelab [[Bayer 04 Leverkusen|Bayer Leverkuse]]. Pasukan ini memulakan musim dengan 24 perlawanan [[Bundesliga 2009-10|Bundesliga]] tanpa kalah dan mula mencabar Bayern untuk perebutan takhta liga.<ref>{{Cite news|url=http://www.wsn.com/2010/02/21/football/news/germany/record-breaking-leverkusen-pip-bayern-to-top-spot_28938|title=Record-breaking Leverkusen pip Bayern to top spot|date=21 February 2010|accessdate=1 June 2013|work=World Sports Network}}</ref> Mereka akhirnya tewas 3–2 kepada 1. FC Nürnberg pada Mac 2010<ref>{{Cite news|url=http://edition.cnn.com/2010/SPORT/football/03/07/bundesliga.bayer.leverkusen.bayern.nuremberg/index.html|title=Nuremberg end Bayer Leverkusen's unbeaten run|date=7 March 2010|accessdate=1 June 2013|work=CNN}}</ref> sebelum Leverkusen hana memenangi dua daripada sembilan perlawanan terakhirnya lalu menghuni tempat keempat liga.
 
Pada musim [[Bundesliga 2010-11|2010-11]], Leverkusen menduduki tempat kedua liga di belakang Borussia Dortmund sekali gus layak ke [[Liga Juara-Juara UEFA 2011–12|Liga Juara-Juara]] buat pertama kali sejak tahun [[Liga Juara-Juara UEFA 2004-05|2005]]. Leverkusen menduduki tempat kedua buat pertama kali sejak musim [[Bundesliga 2001-02|2002]].
 
Walaupun mengecapi berbagai-bagai kejayaan, Heynckes memutuskan beliau tidak akan melanjutkan kontraknyya dan meninggalkan Leverkusen pada tahun 2011 untuk mengambil alih jawatan pengurus Bayern Munich buat kali ketiga.<ref>{{Cite news|url=http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/europe/9431642.stm|title=Coach Jupp Heynckes to leave Bundesliga side Leverkusen|date=21 March 2011|accessdate=1 June 2013|work=BBC}}</ref><ref>{{Cite news|url=http://edition.cnn.com/2011/SPORT/football/03/21/football.heynckes.leverkusen.bayern/index.html|title=Heynckes to leave Bayer Leverkusen at end of season|date=21 March 2011|accessdate=1 June 2013|work=CNN}}</ref><ref>{{Cite news|url=http://edition.cnn.com/2011/SPORT/football/03/25/football.heynckes.bayern.munich/index.html|title=Bayern Munich confirm Heynckes as new coach from next season|date=25 March 2011|accessdate=1 June 2013|work=CNN}}</ref>
 
====Tempoh ketiga di Bayern Munich====
Pada 25 Mac 2011, Heynckes menggantikan tempat [[Louis van Gaal]] sebagai pengurus Bayern Munich pada permulaan musim [[Bundesliga 2011-12|2011-12]].<ref>{{cite web | url = http://www.dw-world.de/dw/article/0,,14943512,00.html | title = Bayern Appoint Jupp Heynckes as new coach | accessdate = 25 March 2011 | publisher = Deutsche Welle | first = Christian | last = Nathler}}</ref> Pada usia 66 tahun, beliau menjadi jurulatih tertua di Bundesliga.<ref>{{Cite news|url=http://www.fcbayern.telekom.de/en/news/news/2011/29089.php|title=Heynckes: Bayern will be very, very motivated|date=15 April 2011|accessdate=1 June 2013|work=FC Bayern München}}</ref> Heynckes mengambil alih pasukan yang menghuni tempat ketiga dalam musim [[Bundesliga 2010-11|lepas]].