Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 43:
 
=== 1987-1991 ===
[[File:PaoloMaldini1993cartolina.jpg|thumb|Maldini pada tahun 1993.]]
 
Maldini menjulang trofi pertamanya pada musim 1987-88, apabila memenangi kejuaraan liga di bawah kendalian ketua jurulatih [[Arrigo Sacchi]]<ref>{{cite web | url=http://www.uefa.com/competitions/ucl/players/player=428/index.html | title=Paolo Maldini | work=UEFA | accessdate=28 Mei 2007 }}</ref>. Di bawah kendalian Sacchi, pasukannya dikenali sebagai ''The Immortals''<ref>{{cite web|url=http://www.thegentlemanultra.com/gazzetta/classic-serie-a-teams-the-immortals-of-ac-milan |title=Classic Serie A Teams: ‘The Immortals’ of AC Milan |publisher=The Gentlemen Ultra |accessdate=12 Julai 2017|date=13 September 2015}}</ref> yang menampilkan tiga orang pemain Belanda, [[Frank Rijkaard]], [[Ruud Gullit]] dan [[Marco van Basten]], serta beberapa pemain Itali, pemain tengah [[Carlo Ancelotti]], [[Roberto Donadoni]] (dan kemudian [[Demetrio Albertini]]) serta benteng pertahanan yang kuat<ref name="Belgrade">{{cite web|url=http://www.bbc.com/sport/football/24573761|title=How the Belgrade fog saved the great AC Milan team of 1988-89|publisher=BBC Sport|author1=Tom Rostance|date=5 November 2013|accessdate=29 Julai 2016}}</ref>. Di bawah kendalian Sacchi dan kemudiannya [[Fabio Capello]], Maldini membentuk benteng pertahanan yang sangat kental<ref>{{cite web|url=http://www.espnfc.com/club/juventus/111/blog/post/2834534/gianluigi-buffon-record-cements-his-legacy-greatest-keeper|title=Gianluigi Buffon record cements his legacy as greatest keeper of all-time|publisher=ESPN FC|author1=James Horncastle|accessdate=21 Mac 2016|date=21 Mac 2016}}</ref> digandingkan dengan [[Franco Baresi]], [[Alessandro Costacurta]], [[Mauro Tassotti]], serta [[Filippo Galli]], [[Stefano Nava]] dan kemudian bersama [[Christian Panucci]]<ref>{{cite web|url=https://www.theguardian.com/football/blog/2009/may/08/joy-of-six-great-defences|title=The Joy of Six: Great defences|publisher=The Guardian|author1=Rob Smyth|date=8 Mei 2009|accessdate=9 Mac 2016}}</ref><ref>{{cite book|last1=Foot|first1=John|title=Winning at All Costs: A Scandalous History of Italian Soccer|date=2006|publisher=Nation Books|location=New York|page=228|accessdate=10 Mac 2016}}</ref><ref>{{cite web|url=http://it.eurosport.com/calcio/la-storia-della-tattica-da-sacchi-a-guardiola_sto4735853/story.shtml|title=La storia della tattica: da Sacchi a Guardiola|publisher=Eurosport |author1=Mattia Fontana|date=19 Ogos 2014|accessdate=10 Mac 2016}}</ref>. Gandingan pertahanan yang mantap ini membolehkan pasukan Milan hanya melepaskan 14 gol sahaja dalam liga domestik, pada musim 1987-88, dan menjulang kejuaraan Serie A<ref>{{cite web|url=https://www.thesun.co.uk/sport/football/1833528/franco-baresi-and-paolo-maldini-conceded-just-23-goals-at-heart-of-ac-milan-in-196-matches-2/ |title=FRANC-LY IMPENETRABLE Franco Baresi and Paolo Maldini conceded just 23 goals at heart of AC Milan in 196 matches |publisher=The Sun |author1=Andrew Richardson |accessdate=12 Julai 2017|date=25 September 2016}}</ref>. Maldini kemudian digandingkan dengan [[Alessandro Nesta]], juga membentuk benteng pertahanan yang kuat. Maldini kemudian memenangi kejuaraan [[Supercoppa Italiana]] 1988 pada musim berikutnya, serta memenangi kejuaraan [[Piala Juara-Juara UEFA|Piala Eropah]] dua kali berturut-turut pada musim 1988-89 dan 1989-90<ref name="Paolo MaIdini: Io sono leggenda" />.
 
=== 1991-1996 ===
 
Di bawah kendalian pengurus baru Milan, [[Fabio Capello]], Maldini merupakan sebahagian daripada pasukan Milan yang tidak pernah kalah dalam Serie A, di mana beliau menjulang kejuaraan liga pada musim 1991–92<ref>{{cite news|url=http://thesefootballtimes.co/2016/09/27/fabio-capello-and-the-legendary-milan-years/ |title=Fabio Capello and the legendary Milan years |publisher=These Football Times |date=27 September 2016 |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Pasukan Milan pada ketika itu juga mencipta rekod baru dengan 58 perlawanan tanpa kalah, yang membawa kepada gelaran ''The Invincibles''<ref name=ubeaten>{{cite web|url=http://www.uefa.com/memberassociations/news/newsid=1745954.html |title=The longest unbeaten runs in European football|publisher=UEFA.com|date=4 Februari 2016|accessdate=29 Julai 2016}}</ref><ref>{{cite news|url=http://www.goal.com/en/slideshow/456/5/title/10-famous-unbeaten-runs |title=10 famous unbeaten runs - AC Milan: 58 games (1991-93) |publisher=Goal.com |date=24 September 2012|accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Maldini juga membantu pasukan Milan mempertahankan kejuaraan liga pada musim berikutnya, dan berjaya mara ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]], namun Milan kalah kepada pasukan [[Olympique de Marseille|Marseille]] dengan jaringan 1-0<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=1992/matches/round=50/match=50054/index.html |title=UEFA Champions League 1992/93 - History - Marseille-Milan – UEFA.com|publisher=UEFA.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Pada musim itu juga, Maldini menjaringkan gol pertamanya dalam kejohanan di peringkat Eropah pada [[21 Oktober]] [[1992]], jaringan tunggal yang membawa kepada kemenangan 1-0 pasukannya ke atas [[ŠK Slovan Bratislava|Slovan Bratislava]]<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=1992/matches/round=48/match=6632/index.html |title=UEFA Champions League 1992/93 - History - Slovan Bratislava-Milan – UEFA.com|publisher=UEFA.com |accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Musim berikutnya menyaksikan Milan berjaya mempertahankan kejuaraan liga sekali selama tiga musim berturut-turut, di mana Maldini membantu pasukannya melepaskan hanya 15 gol sahaja, rekod pertahanan terbaik di Itali<ref>{{cite news|url=http://talksport.com/magazine/features/2012-02-15/milan-team-better-record-arsenals-unbeaten-side-remembering-ac-milans-very-own-invincibles |title=The Milan team with a BETTER record than Arsenal's unbeaten side - remembering AC Milan's very own Invincibles |publisher=talkSPORT |author=Craig Bloomfield |date=15 Februari 2012| accessdate=13 Julai 2017}}</ref>. Maldini juga membantu pasukan Milan mara ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]] buat kali kedua berturut-turut, dan membantu pasukannya menewaskan [[FC Barcelona]]. Dalam perlawanan tersebut, beberapa pemain utama tidak menyertai seperti [[Alessandro Costacurta]] yang dikenakan pergantungan perlawanan dan kecederaan yang dialami oleh [[Franco Baresi]], [[Jean-Pierre Papin]] dan [[Marco van Basten]], menjadikan pasukan Barcelona yang dikendalikan oleh pengurus [[Johan Cruyff]] pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan ini. Walaupun ketiadaan beberapa pemain utama, Maldini membantu Milan di bahagian pertahanan dan seterusnya berjaya merangkul kejuaraan Eropah ini dengan menewaskan Barcelona dengan jaringan 4-0<ref name="Dream">{{cite news|url=https://www.theguardian.com/sport/blog/2012/mar/28/barcelona-milan-champions-league-1994|title=Barcelona v Milan revisited: The night in 1994 the Dream died|publisher=The Guardian|author=Sid Lowe|date=28 Mac 2012|accessdate=10 April 2015}}</ref>.