Paolo Maldini: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Stress 043 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 68:
 
Maldini memulakan musim 2004-05 dengan merangkul kejuaraan [[Supercoppa Italiana]] sebagai kapten pasukan selepas pasukannya menewaskan Lazio. Pada musim itu juga, Maldini dan pasukannya tewas kepada pasukan [[Liverpool F.C.]] dalam perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]], di mana pasukannya telah mendahului dengan selesa dengan berkedudukan 3-0, sebelum Liverpool menyamakan keputusan dan mengheret perlawanan hingga ke penentuan penalti. Dalam perlawanan itu, Maldini menjaringkan gol terpantas dalam kejohanan ini<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/uefachampionsleague/season=2004/matches/round=1972/match=1086988/postmatch/report/index.html |title=Liverpool triumph in Turkey | publisher=UEFA.com|date=26 Mei 2005 |accessdate=18 Julai 2017}}</ref>. Pada tahun 2005, Maldini telah dipilih sebagai sebahagian daripada Pasukan Terbaik UEFA buat kali kedua sepanjang kariernya, dan juga dipilih sebagai sebahagian daripada pasukan pilihan FIFPro World XI<ref>{{cite web | url = https://www.fifpro.org/award-history/fifpro-world-xi-2004-2005/en/ | title = FIFPRO WORLD XI 2004/2005 | publisher = FIFPro | date = 20 Januari 2006 | accessdate = 18 Julai 2017}}</ref> buat kali pertama bagi karier beliau. Pada musim berikutnya, Maldini memecahkan rekod penampilan terbanyak Serie A yang dipegang oleh [[Dino Zoff]]<ref>{{cite web | url = http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=343889&&cc=3888 | title = Maldini sets record | publisher = soccernet.espn.go.com | date = 25 September 2005 | accessdate = 25 April 2008}}</ref>, selepas beliau bermain buat kali ke-571 dalam liga domestik menentang [[Treviso F.B.C.|Treviso]] pada [[25 September]] [[2005]], manakala tujuh sehari sebelumnya, beliau sudah bermain buat kali ke-800 untuk kesemua perlawanan membabitkan pasukan Milan<ref name="paolo"/><ref name="Paolo MaIdini: Io sono leggenda"/>.
 
Musim berikutnya, Maldini membantu pasukan Milan menamatkan musim liga di tempat keempat, dan membolehkan mereka menempah slot ke pusingan kelayakan [[Liga Juara-Juara UEFA]] musim berikutnya walaupun didenda dengan pengurangan jumlah mata akibat skandal rasuah yang melanda bola sepak Itali pada ketika itu<ref>{{cite web | url = http://news.bbc.co.uk/sport2/hi/football/europe/5215178.stm | title = Punishments cut for Italian clubs | publisher = BBC Sports | date = 26 Julai 2006 | accessdate = 25 Julai 2017}}</ref>. Maldini bermain untuk kali ke-600 dalam perlawanan liga [[Serie A]] di mana pasukannya terikat dengan keputusan 1-1 di [[Catania]]. Musim itu juga, Maldini mengetuai pasukannya menempah slot ke perlawanan akhir [[Liga Juara-Juara UEFA]], perlawanan akhir kali ke-3 dalam masa enam tahun. Dalam perlawanan tersebut, Maldini membantu pasukan Milan menewaskan [[Liverpool F.C.|Liverpool]] pada [[23 Mei]] [[2007]] yang berkesudahan Milan menang 2-1<ref>{{cite web | url = http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/football/europe/6669039.stm | title = AC Milan 2-1 Liverpool | publisher = BBC Sports | date = 23 Mei 2007 | accessdate = 25 Julai 2017}}</ref>. Pada umur 37 tahun, Maldini merupakan kapten paling tua yang menjulang trofi itu<ref>{{cite web|title=Oldest person to captain a European Cup / Champions League-winning team: Paolo Maldini|url=http://www.guinnessworldrecords.com/records-5000/oldest-person-to-captain-a-european-cup-champions-league-winning-team/|accessdate= 23 Julai 2014}}</ref>. Sebelum bermulanya perlawanan akhir itu, menerusi temuramah bersama ESPN, Maldini mengatakan bahawa perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA 2005 merupakan peristiwa yang paling teruk sepanjang kariernya. Atas prestasi yang ditunjukkan Maldini, beliau telah dipilih sebagai Pemain Pertahanan UEFA Terbaik 2007<ref>{{cite web|url=http://www.uefa.com/memberassociations/news/newsid=1498485.html |title=UEFA Club Defender of the Year | publisher=UEFA.com|date=1 Mei 2011 |accessdate=25 Julai 2017}}</ref>.