Pasukan operasi khas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 11:
 
==Latihan==
Seluruh dunia memiliki pasukan elitnya yang tersendiri, tetapi memiliki taktik pertempuran khas yang berbezaberbeda-bezabeda. Latihan pertempuran khas ini meliputi darat, laut dan udara. Pasukan elit juga turut melatih beberapa anggota biasa yang datang dari dalam mahupun luar negara untuk dilatih untuk menjadi pasukan yang sama dengan pasukan elit yang sedia ada. Namun, untuk menjadi sebuah pasukan elit bukannya satu perkara yang mudah. Setiap pegawai dan anggota yang ingin menjadi pasukan elit ini akan dipilih sama ada sesuai dari segi fizikal dan mentaliti calon-calon tersebut. Setiap latihannya amat mencabar kewibawaan seseorang insan biasa. Setiap latihan asas bagi pasukan elit berbeza dengan unit infantry biasa dan ianya meliputi keseluruhan keadaan persekitaran muka bumi seperti latihan peperangan khas di dalam hutan, paya, bangunan, bandar, di dalam kenderaan misalnya kereta, kapal laut dan pesawat udara, laut dan udara khasnya latihan payung terjun serta penerjunan bebas di atitud tinggi atau dikenali HALO/HAHO ''(High Atitude Low Opening/ High Atitude High Opening)''.
 
Teknik pertempuran juga berlainan dengan pasukan konvensional biasa. Antaranya ialah teknik pertempuran jarak dekat atau ''Close Quarter Battle'' (CQB) yang dijalankan khas didalam kawasan bandar atau kawasan yang tidak memerlukan sistem persenjataan berkuasa tinggi, misalnya raifal. Latihan tersebut memerlukan kepantasan dan daya bidikan senjata yang amat tepat, misalnya jika dijalankan dalam operasi-operasi khas seperti menyelamat tebusan. Selain itu, cara melakukan serbuan juga harus dilakukan dengan strategi yang amat tepat bagi menjayakan teknik ini. Selain CQB, terdapat juga teknik pertempuran yang dikatakan setanding dengan teknik CQB ini yang dikenali sebagai ''Close Quarter Combat'' atau tempur berapat-rapat. Bagi teknik dikawasan perairan, latihan khas juga turut dijalankan dikawasan-kawasan perairan seperti paya, sungai, tasek, lombong dan laut seperti latihan menyelam gempur, memasang bahan letupan, serangan hendap dari bawah permukaan air dan sebagainya. Sementara latihan khas di udara pula, para pasukan ini dilatih dengan menggunakan latihan payung terjun, rappeling dan abseiling dan penerjunan ke dalam air. Latihan payung terjun ini dijalankan khas dengan menggunakan pesawat udara dan para pelatih akan terjun keluar dari pesawat dan membuka payung terjun. Terdapat juga teknik latihan payung terjun yang paling mencabar yang dikenali sebagai penerjunan atitud tinggi iaitu HALO/HAHO. Ianya merupakan satu latihan khas dimana peserta akan terjun dari pesawat pada ketinggian melepasi awan dan dilengkapi dengan peralatan khusus. Sementara rappeling dan abseiling pula ialah latihan mendarat dengan menggunakan tali yang dipasangkan khas pada helikopter bagi mendarat ke kawasan musuh dengan pantas. Dan latihan penerjunan ke dalam air atau ''hover jump'' adalah teknik dimana peserta akan terjun dari pesawat udara ke dalam air tanpa sebarang peralatan payung terjun dan abseiling.