Perbezaan antara semakan "Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Borneo Utara dan Sarawak"

tiada ringkasan suntingan
{{main|Sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu}}
 
Jepun mendarat di [[Pantai Padang Pak Amat]] sejurus selepas tengah malam [[8 Disember]] [[1941]], dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera [[India]] [[British]] dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya [[serangan Pearl Harbor]].<ref>Burton 2006, p. 91. "The first major battle of the Pacific War was under way more than two hours before Japan's carrier planes descended on Hawaii."</ref> Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan [[Perang Pasifik]] serta merupakan permulaan [[sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu]]. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang [[Kota Bharu]]. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, [[Hong Kong]] dan [[Pearl Harbor|Pelabuhan Pearl ("Pearl Harbor")]] melalui udara.
 
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang [[Sungai Petani]], [[Butterworth]] dan [[Alor Star]] pada [[9 Disember]] [[1941]]. Pada 10 Disember 1941, [[kapal tempur]] [[HMS Prince of Wales]] dan [[HMS Repulse]] bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di [[Kuantan]]. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran [[Tentera Laut British]] dihapuskan dalam masa yang singkat.
Pada [[15 Januari]], Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan memaksa pasukan Australia berundur kembali ke Segamat. Tentera Jepun kemudiannya mara ke arah barat menuju ke arah Briged India Ke-45, dan dengan mudah mengalahkan mereka yang tidak berpengalaman dan masih mentah. Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada [[17 Januari]] [[1942]] di selatan Muar.
 
Pertempuran berlanjutan sehingga [[18 Januari]], dan di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. [[Pihak Berikat]] terpaksa berundur menyeberangi [[Tambak Johor]] ke Singapura. Menjelang [[31 Januari]] [[1942]], keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.<ref>1942: Singapore forced to surrender. URL: http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/february/15/newsid_3529000/3529447.stm</ref>
 
== 1 Februari - 15 Februari 1942 ==
 
Perang yang berlaku di Borneo Utara tamat dengan penyerahan kalah rasmi oleh Leftenen Jeneral Masao Baba di Pulau Labuan pada 10hb September 1945, Kolonel Elimus di [[Papar]] pada 15hb September 1945 dan Majer Akashi di [[Beaufort]] pada 17hb September 1945. Ini merupakan hasil pengeboman bersama Pasukan Perikatan ([[Australia]], [[British]], [[Amerika Syarikat]] dan [[New Zealand]]) yang dalam prosesnya juga memusnahkan bandar-bandar [[Sandakan]], [[Jesselton]] dan [[Labuan]].
 
==References==
{{reflist|2}}
 
 
[[Kategori:Perang Dunia Kedua|Tanah Melayu]]
245,304

suntingan