Edward VIII: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Joshua (bincang | sumb.)
menambahkan turun dari takhta dan kehidupan baginda selepasnya
Baris 2:
'''Edward VIII''' (Edward Albert Christian George Andrew Patrick David; selepas itu '''Putera Edward, Duke Windsor'''; [[23 Jun]] [[1894]] – [[28 Mei]] [[1972]]) merupakan [[Raja]] [[Great Britain]], [[Ireland]], [[Kerajaan Komanwel]] dan [[Maharaja India]] sejak kemangkatan ayahandanya, [[George V dari United Kingdom|George V]] (1910–36), pada [[20 Januari]] [[1936]], sehinggalah baginda turun takhta pada [[11 Disember]] [[1936]]. Baginda merupakan pemerintah yang kedua dari [[Kerabat Diraja Windsor]], ayahandanya telah menukarkan nama keluarga diraja daripada [[Keluarga Saxe-Coburg-Gotha|Saxe-Coburg-Gotha]] pada tahun [[1917]].
 
Sebelum menaiki takhta, Edward VIIVIII memegang gelaran Putera Edward dari York, Putera Edward dari York dan Cornwall, [[Duke Cornwall]], [[Duke Rothesay]] dan [[Putera Wales]] (kesemuanya membawa gelaran ''Royal Highness''). Semasa muda, baginda pernah berkhidmat dalam [[Perang Dunia I]], melakukan lawatan ke luar negara sebagai wakil ayahandanya dan dikaitkan dengan beberapa wanita berkahwin yang lebih tua.
 
Selepas menaiki takhta pada tahun 1936, Edward VIII mengemukakan hasrat baginda untuk berkahwin dengan kekasihnya [[Wallis Simpson]], seorang wanita Amerika yang sudah bercerai satu kali dan akan menceraikan suami keduanya. Perdana-perdana menteri Great Britain dan kerajaan-kerajaan Komanwel membantah perkahwinan ini kerana Wallis Simpson dianggap tidak sesuai sebagai permaisuri. Tambahan pula, perkahwinan ini bercanggah dengan kedudukan raja sebagai ketua [[Gereja England]] yang pada masa itu tidak mengiktirafkan perceraian. Oleh sebab itu, baginda turun takhta secara sukarela selepas hanya 326 hari di atas takhta. Baginda digantikan oleh adindanya Putera Albert yang bergelar Raja [[George VI dari United Kingdom|George VI]].
 
Selepas turun dari takhta, Putera Edward diberikan gelaran '''Duke Windsor''' oleh George VI. Baginda berkahwin dengan Wallis Simpson pada 3 June 1937 di Perancis. Perkahwinan ini tidak menghasilkan anak. Pada tahun 1937, baginda suami isteri mengunjungi negara [[Jerman]] dan berjumpa dengan [[Adolf Hitler]]. Pada masa [[Perang Dunia Kedua]], baginda dianggap mempunyai kesimpatian terhadap [[Nazi]]sme dan oleh sebab itu dihantar ke [[Bahamas]] sebagai Gabenor. Selepas peperangan itu, baginda dan isterinya pulang ke Perancis dan tinggal di sana selama hidupnya.
 
{{British Monarchs}}