Siri Bercakap Dengan Jin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''''Siri'' ''Bercakap Dengan Jin''''' (SBDJ) adalah novel seram bersiri yang diterbitkan dalam majalah kecil [[Variasari]] sekitar April 1981- Januari 2005. Novel mistik ini telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Hasil popularitinya, majalah Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan. Syarikat penerbitan Variapop Group terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur, dimiliki oleh [[Mustapa Ton]]. Variapop Group menerbitkan majalah hiburan Variasari dan [[Variapop]]. Selama hampir 30 tahun penulis [[Tamar Jalis]] menyembunyikan diri dari khalayak ramai. Akhirnya beliau keluar dari belantara sepi dengan nama sebenar [[Tamar Jalis|Ahmad Mahmud]] atau Mohd Radzi Mahmud (73 tahun) berasal dari [[Beruas]], Perak. Isteri beliau Maznah Mohd Isa berusia 63 tahun.<ref>[http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1225&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_06.htm Tamar Jalis pinjam nama jin]</ref>
 
====== ''Siri Bercakap Dengan Jin'' telah ditulis oleh Tamar Jalis/Ahmad Mahmud dalam 284 siri dalam tempoh 23 tahun 6 bulan. Ia merupakan satu rekod Malaysia. Ada yang membandingkannya dengan penulis [[JK Rowling]] menerusi [[Harry Potter]]. Sebenarnya ''Siri Bercakap Dengan Jin'' berbentuk memoir autobiografi Tamar Jalis dengan datuknya Kulup Muhamad Diah @ Long Mat Piah. Enam puluh peratus kandungannya berdasarkan kisah benar dan pengalamannya dengan datuknya pada zaman kanak-kanak mahupun remaja. Idea untuk menulis novel mistik SBDJ ini adalah untuk menaikkan jualan majalah Variasari. Ketika itu beliau berusia 40-an dan mahu serius dalam penulisan. Beliau merasakan perlu merakamkan pengalamannya mengikuti datuknya, seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak. Pengalaman melihat dan mendengar suara makhluk halus khususnya daripada individu yang dirasuk [[jin]] memberi idea untuk beliau menulis. Rumahnya bersebelahan dengan rumah datuknya dan menjadi cucu kesayangan. Setiap kali datuknya pergi mengubat mereka yang kerasukan jin, cucu itu akan dibawa bersama. ======
 
==Cetak semula dalam bentuk novel==
Baris 16:
Antara pembentang wacana ialah Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, [[Universiti Pendidikan Sultan Idris]] ([[UPSI]]), Datuk Dr [[Rosli Saludin]]; Pensyarah Kesusasteraan UPSI, Prof Madya Dr [[Talib Samat]] dan Pensyarah [[Universiti Sains Malaysia]] ([[USM]]), Dr [[Mohd Afandy Yusof]] dan Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Hj [[Zabidin Ismail]].<ref>[novelsbdj.blogspot.com Tamar Jalis dan Siri Bercakap Dengan Jin]</ref>
 
== Siri TV Bercakap Dengan Jin. ==
 
Pada tahun 2015, siri Bercakap Dengan Jin telah ditayangkan di saluran Astro Mustika HD dan Astro Bella. Siri ini diterbitkan oleh Datuk Yusuf Haslam dibawah Skop Productions, dan diarahkan oleh Londo Zawawi dan C. Kumaresan. Siri ini dibintangi oleh Datuk Rahim Razali sebagai Atuk, dan Pekin Ibrahim sebagai Tamar (dewasa).
==Rujukan==
{{reflist}}5. Yusuf Haslam Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama 'Bercakap Dengan Jin.' MStar Online 31 Oktober, 2014.
{{reflist}}
 
[[Kategori:Novel]]