Senarai peribahasa (N–Z): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 501:
 
== W ==
{| class="wikitable sortable"
 
|-
== X ==
!width="1000" style="font-size: 120%"|[[Peribahasa]]
!width="1000" style="font-size: 120%"|Maksud
|-
| Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.
| Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.
|-
| Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.
| Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
|-
| Walaupun ada umpan, belum tentu ada ikan.
| Sesuatu pekerjaan itu walaupun telah ada persediaan yang cukup tetapi belum tentu akan berhasil dengan baik.
|-
| Wau melawan angin.
| Perbuatan yang sia-sia.
|-
| Wayang kepadaman damar.
| Keadaan kacau yang terjadi dengan tiba-tiba.
|-
| Walau bagaimana minyak dicampur dengan air, minyak juga yang timbul.
| Golongan bangsawan tetap diberi layanan istimewa.
|-
| Walau ikan yang diam di dalam tujuh lautan juga, termasuk dalam pukat juga.
| Orang yang pandai pun ada masanya akan terkena.
|-
| Warta dibawa pikat dan langau.
| Khabar angin.
|-
| Wau putus teraju.
| Seseorang yang sudah putus harapan, hanya berharap pada nasib.
|]
 
== Y ==
{| class="wikitable sortable"
|-
!width="1000" style="font-size: 120%"|[[Peribahasa]]
!width="1000" style="font-size: 120%"|Maksud
|-
| Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan.
| Mudah berjanji, tetapi sukar menepatinya.
|-
| Yang berbaris yang berpahat, yang bertakuk yang bertebang.
| Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
|-
| Yang berpayung yang ditembak. (ditembak - dituju)
| Orang yang berkuasalah tempat orang mengharapkan pertolongan.
|-
| Yang bertakuk yang ditebang, yang bergaris yang dipahat.
| Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
|-
| Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher.
| Orang yang menjamin orang yang berhutang acap kali terpaksa membayar hutang tersebut kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri.
|-
| Yang bingung makanan yang cerdik, yang tidur makanan yang jaga.
| Orang yang bodoh itu menjadi mangsa penipuan orang yang cerdik.
|-
| Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang.
| Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja.
|-
| Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung.
| Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya).
|-
| Yang buntal kutil mengutil, yang jerung luluh meluluh.
| Yang miskin hidup berpekin, yang kaya boros berbelanja.
|-
| Yang dijolok tiada jatuh, penjolok tinggal di atas.
| Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.
|-
| Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.
| Keuntungan yang diharapkan tak didapati, sedangkan yang telah ada hilang pula.
|-
| Yang dimakan rasa, yang dilihat rupa, yang didengar bunyi.
| Tiap-tiap suatu pekerjaan itu hendaklah dengan sempurna baik pada rupa, pendengaran dan perasaan.
|-
| Yang disangka tidak menjadi, yang diam boleh ke dia.
| Orang lain yang berikhtiar, orang lain pula yang memungut hasilnya.
|-
| Yang disuruh tenggelam, yang menyuruh pun tenggelam.
| Orang malas disuruh mengawasi orang yang lebih malas, akhirnya sia-sia belaka.
|-
| Yang dulu mendapat, yang kemudian ketinggalan.
| Orang yang rajinlah yang selalu beruntung daripada orang yang malas.
|-
| Yang enggang sama enggang juga, yang pipit sama pipit juga.
| Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
|-
| Yang hampa biar terbang, yang bernas biar tinggal.
| Yang tak berguna biarlah hilang, dan yang baik-baik biarlah tinggal.
|-
| Yang hidup sesarkan mati.
| Tiap-tiap suatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.
|-
| Yang lahir memperlihatkan yang batin.
| Perbuatan atau kelakuan menunjukkan sifat atau perasaan yang tersembunyi.
|-
| Yang memberi tangan di atas, yang menerima ( meminta) tangan di bawah.
| Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.
|-
| Yang menanti padang tak berumput, yang mendatang kurus kedut-kedut.
| Orang yang lapar meminta pertolongan kepada orang yang melarat.
|-
| Yang mencencang memampas.
| Yang berbuat salah harus menerima hukuman.
|-
| Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.
| Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.
|-
| Yang ombak itu ombak juga, yang air itu air juga.
| Orang kaya itu kaya juga dengan kikir dan tamaknya; orang miskin itu miskin juga dengan melarat dan sebagainya.
|-
| Yang pipit sama pipit, yang enggang, sama enggang.
| Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) denga
|-
| Yang rebah ditindih.
| Yang sudah miskin bertambah miskin.
|-
| Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat.
| Tidak pernah merasa puas dengan sesuatu perolehan.
|-
| Yang secupak (sesukat) takkan jadi segantang.
| Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
|-
| Yang sehasta takkan jadi sedepa.
| Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
|-
| Yang sejengkal tidak dapat jadi sedepa.
| Sesuatu yang tidak dapat diubah lagi.
|-
| Yang seorang memeram batu, yang seorang memeram pisang.
| Perbezaan pendirian; seorang boleh menanti seorang lagi tidak.
|-
| Yang tajam tumpul, yang bisa tawar.
| Dengan perkataan yang lemah lembut dapat diselesaikan segala sengketa.
|-
| Yang tegak disokong, yang lemah ditopang.
| Orang kaya dimuliakan dihormati, sedangkan orang miskin dibantu dan ditolong.
|-
| Yang teguh disokong, yang rebah ( rendah) ditindih.
| Maksudnya: Orang yang sudah kuat (kaya, baik dan sebagainya) dibantu, sedangkan orang yang lemah (miskin dan sebagainya) diperas.
|-
| Yang terbujur lalu, yang terlintang patah.
| Sesuatu yang tak dapat dihalang-halangi.
|-
| Yang tinggi tampak jauh, yang dekat jolong bersua.
| Dalam sesuatu usaha pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah pula yang akan dipuji atau dicela.
|-
| Yang untut lain, yang mengensot lain.
| Yang salah lain, yang kena hukum lain.
|}
 
== Z ==