Vandal: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Laman baru: Bangsa Vandal adalah kabilah Jerman Timur yang memasuki Empayar Rom semasa kurun ke-5. Theodoric the Great, raja bangsa Ostrogoth dan mangkubumi kerajaan Visigoth telah bersekutu dengan ...
 
Delimapagi978 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
Bangsa Vandal adalah [[kabilah Jerman Timur]] yang memasuki [[Empayar Rom]] semasa kurun ke-5. [[Theodoric the Great]] yang berbangsa [[Goth]], raja bangsa [[Ostrogoth]] dan mangkubumi kerajaan [[Visigoth]] telah bersekutu dengan bangsa Vandal melalui ikatan perkahwinan, begitu juga dengan bangsa [[Burgundy]] dan bangsa [[Frank]] yang diperintah [[Clovis I]].
 
 
== Asal-usul dan sejarah awal ==
Sebahagian ahli arkeologi dan sejarawan mengenalpasti bangsa Vandal dengan kebudayaan [[Przeworsk]], tetapi kontroversi menyelubungi hubungan yang mungkin antara bangsa Vandal dengan bangsa-bangsa lain, berkemungkinan sebuah kabilah Jerman, [[Lugii]] yang dirujuk oleh penulis-penulis Rom sebagai penghuni kawasan tersebut. Sesetengah ahli akademik percaya bahawa samada Lugii adalah nama lama bagi bangsa Vandal atau bangsa Vandal adalah sebahagian daripada persekutuan Lugii. [[Jordanes]] merujuk bangsa Vandal sebagai penutur bahasa Goth (salah satu bahasa Jerman Timur), dan asal-usul nama itu menyokong tanggapan bahawa bahasa Vandal hampir berkait dengan bahasa Goth.