Cukai barangan dan perkhidmatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 2:
== GST di dunia ==
* [[GST di Malaysia]]
Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Hal ini kerana populasi penduduk di Malaysia kian meningkat saban tahun. Berikutan itu, kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga akan bertambah. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Sebaliknya di seluruh dunia. Sebagai contoh di United Kingdom, pelajar antarabangsa telah dikenakan srucajsurcaj perubatan. Ini adalah langkah yang diambil oleh kerajaan Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 bilion menjelang tahun 2020. Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara untuk menambahkan pendapatan negara masing- masing.
 
Malaysia memilih untuk menambahkan pendapatan kerajaan dengan cara memperkenalkan cukai GST. Langkah memperkenalkan cukai GST bukanlah bermakna kerajaan bertindak zalim, boros, tamak dan bakal muflis. Sebaliknya, langkah ini lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Justeru, mana- mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan negara yang baharu bagi memenuhi tuntutan masa hadapan.