Kyrgyzstan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alexander Iskandar (bincang | sumb.)
Tofeiku (bincang | sumb.)
Baris 117:
== Demografi ==
''Artikel utama: [[Demografi Kyrgyzstan]]''
 
===Bahasa===
Kyrgyzstan merupakan satu daripada dua bekas republik Soviet di Asia Tengah yang menjadikan bahasa Rusia sebagai [[bahasa rasmi]] selain [[Kazakhstan]]. [[Bahasa Kyrgyz]] diterima sebagai bahasa rasmi pada tahun 1991. Setelah tekanan daripada minoriti Rusia di negara berkenaan, Kyrgyzstan menerima bahasa Rusia sebagai bahasa rasmi juga pada tahun 1997, menjadikan negara dwibahasa yang rasmi.
 
[[Bahasa Kyrgyz]] ialah sebuah bahasa [[Bahasa-bahasa Turkik|Turkik]] daripada cabang [[bahasa-bahasa Kipchak|Kipchak]], berkait rapat dengan [[bahasa Kazakh]], [[bahasa Karakalpak]] dan [[bahasa Nogay|bahasa Tatar Nogay]]. Bahasa ini ditulis dalam [[abjad Arab]] sehingga abad ke-20. [[Abjad Rumi|Tulisan rumi]] telah diperkenal dan diterima pakai pada tahun 1928, dan kemudiannya diganti atas perintah Stalin dengan [[tulisan Cyril#Kyrgyz|tulisan Cyril]] pada tahun 1941.
 
Menurut banci tahun 2009,<ref>{{cite web|title=Перепись населения и жилищного фонда Кыргызской Республики (Banci Populasi dan Perumahan Republik Kyrgyz), 2009 |url=http://212.42.101.100:8088/nacstat/node/23 |publisher=NSC Kyrgyzstan |accessdate=9 Oktober 2012 |deadurl=yes |archiveurl=https://web.archive.org/web/20130121143551/http://212.42.101.100:8088/nacstat/node/23 |archivedate=21 Januari 2013 }}</ref> 4.1 juta orang bertutur dalam bahasa Kyrgyz sebagai bahasa asli atau bahasa kedua dan 2.5 juta bertutur dalam bahasa Rusia sebagai bahasa asli atau bahasa kedua. Bahasa Uzbek merupakan bahasa asli kedua yang ditutur secara meluas, diikuti oleh bahasa Rusia. Bahasa Rusia merupakan bahasa kedua yang ditutur secara meluas, diikuti oleh bahasa Kyrgyz dan bahasa Uzbek.
 
Banyak hal ehwal bisnes dan politik dijalankan dalam bahasa Rusia. Sehingga baru-baru ini, bahasa Kyrgyz kekal sebagai bahasa yang ditutur di rumah dan dulu jarang digunaan dalam mesyuarat atau acara-acara yang lain. Walau bagaimanapun, kebanyakan mesyuarat parlimen hari ini dikendlaikan dalam bahasa Kyrgyz, dengan tafsiran serentak disediakan bagi yang tidak berbahasa Kyrgyz.
 
{| class="wikitable sortable"
|-
! Nama bahasa !! Penutur asli !! Penutur bahasa kedua !! Jumlah penutur
|-
| [[bahasa Kyrgyz|Kyrgyz]] || 3,830,556 || 271,187 || 4,121,743
|-
| Rusia || 482,243 || 2,109,393 || 2,591,636
|-
| [[bahasa Uzbek|Uzbek]] || 772,561 || 97,753 || 870,314
|-
| Inggeris || || 28,416 || 28,416
|-
| Perancis || || 641 || 641
|-
| Jerman || || 10 || 10
|-
| Lain-lain || 277,433 || 31,411 ||
|}
 
== Budaya ==