Theodor Herzl: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
Herzl membentangkan idea Zionisnya dalam dua karyanya ''[[Der Judenstaat]]'' (Negara Yahudi) dan ''[[Altneuland]]'' (Tanah Baru Lama).
 
==Zionisme==
Herzl dikatakan mula mendalami Zionisme akibat [[Peristiwa Dreyfus]], suatu peristiwa [[faham anti-Yahudi|anti-Yahudi]] di [[Perancis]]. Seorang kapten tentera Perancis berbangsa Yahudi dijatuhkan hukuman kerana dituduh (palsu) menjadi perisik untuk pihak Jerman. Beliau juga menyaksikan himpunan anti-Yahudi di Paris berikutan kes itu. Pada masa itulah beliau berazam menentang fahaman anti-Yahudi. Berikut catatan dalam diari beliau bertarikh Jun [[1895]]:
 
<blockquote>"Di Paris, seperti yang saya katakan, saya telah mencapai sikap yang lebih bebas terhadap faham anti-Yahudi. Atas semuanya, saya mengertikan kekosongan dan ketiadatujuan 'menentang' fahaman anti-Yahudi"</blockquote>
 
Herzl menyampingi karyanya dengan idea-idea Zionisme. Beliau berhasrat menggalakkan Zionisme di persada dunia. Herzl melawat banyak tempat untuk menyebarkan ideanya. Beliau disambut dengan meriah di [[Istanbul]] dan [[Sofia]], tetapi dengan dingin oleh orang [[Maccabea]] di [[London]]. Pihak Zionis di Timur London pula melantik Herzl sebagai ketua Zionis.
 
Beliau merancang [[Kongres Zionis]] pertama di [[Basel]] dan dilantik sebagai Presiden Kongres, jawatan yang dipegang beliau sehingga meninggal dunia. Herzl juga menghadiri [[Konvensyen Hague]], dan diterima dengan baik oleh negarawan yang lain. Pada Mei, [[1901]], beliau berjumpa dengan Sultan Turki, [[Abdul Hamid II]]. Namun, Sultan Hamid enggan memberi tanah [[Palestin]] kepada pihak Zionis.
 
Pada 1903, pihak [[British]] menawarkan sebidang tanah di Afrika Timur kepada pergerakan Zionis. Tawaran ini disambut baik oleh Herzl, tetapi ditolak oleh Kongres Zionis, yang berazam tekad menubuhkan Negara Yahudi mereka di Tanah Suci, "Israel".
 
==Karya==
*''[[Der Judenstaat]]''
*''[[Altneuland]]''
 
==Lihat juga==
*[[Israel]]
 
 
[[Kategori:Zionisme]]