Perbincangan:Khyber Pakhtunkhwa: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Shah 88 (bincang | sumb.)
Baris 7:
:Wilayah mempunyai banyak terjemahan - territory, region, province. Sudah saya nyatakan, provinsi merupakan perkataan yang digunakan di Indonesia sahaja, kemudian dimasukkan dalam kamus dewan. Perkataan ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu langsung. Itu hujah saya - ''penggunaan'' perkataan itu oleh khalayak, bukan seorang sahaja. Apa salahnya guna "wilayah", kita di Wikipedia sudah biasa menggunakkannya sebagai istilah untuk subbahagian negara, tidak kira apa namanya dalam bahasa Inggeris. Contoh: [[Wilayah Nakhon Ratchasima]], [[Senarai wilayah-wilayah China]]. Saya amat tegas dalam kes ini kerana saya tidak mahu pengguna lain menggunakan kes ini sebagai alasan menggunakan istilah-istilah pinjaman yang tidak sesuai dalam rencana lain. -[[Pengguna:Yk Yk Yk|Yk Yk Yk]] 06:59, 3 Disember 2007 (UTC)
::Saya baru perasan Bernama, mStar dan beberapa akhbar lain menggunakan "Wilayah Sempadan Barat Laut", jadi saya rasa baik kita ikut. [[Pengguna:Aurora|...Aurora...]] 14:33, 3 Disember 2007 (UTC)
:::Cuba kau orang lihat artikel [[Wilayah]]..Aku gunakan untuk perkataan 'provinsi' untuk membezakan ''province'' dengan ''territory''..Untuk pengetahuan bro, ''province'' dengan ''territory'' adalah dua entiti yang sangat berbeza..Jadi, saya akan terus gunakan perkataan tu..Lagi 1, saya lihat banyak kesalahan ejaan dan tatabahasa di wikipedia ni..Kalau boleh, sebelum edit artikel tu, rajin-rajinkan pergi ke laman wegweb DBP!
 
::Gunalah bahasa yang sopan sedikit. Sudah anda lihat hujah Aurora, lebih baik kita ikut penggunaan semasa, bukan mengikut agenda diri. ''Province'' dan ''territory'' mungkin berbeza, tetapi dalam bahasa Melayu, lazimnya kedua-duanya diterjemahkan sebagai wilayah. Itu fakta.
Baris 14:
 
::Dan satu lagi, kenapakah anda menggunakan istilah "wilayah" untuk ''province'' di Thailand? -[[Pengguna:Yk Yk Yk|Yk Yk Yk]] 02:41, 4 Disember 2007 (UTC)
 
::Bro, maaf jika saya terkasar bahasa sebelum ini..Saya cuma nak betulkan apa yang salah..
Cuba bro fikir, sama tak status Kuala Lumpur dengan Johor?Tak sama kan..Kuala Lumpur adalah sebuah wilayah ''(territory)'' dalam bahasa Inggerisnya..Johor adalah ahmpir sama dengan negeri ''(states)'' adalah hampir sama dengan provinsi ''(province)''..[[Pengguna:Shah 88|Shah 88]] 17:30, 04 Disember 2007 (UTC)
Kembali ke laman "Khyber Pakhtunkhwa".