Muzium Tuan Yang Terutama: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Cassiopeta7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''[[Muzium]] Tuan Yang Terutama''' (dahulu dikenali Seri Melaka) merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat [[Gabenor]] [[Belanda]] di [[Melaka]] pada kurun ke-17. Fungsi bangunan ini teruskan pada zaman pemerintahan [[Inggeris]] hinggalah selepas kemerdekaan. Pada September 1996, kediaman rasmi dan pejabat [[Tuan Yang Terutama]] berpindah dari [[Bukit St. Paul]] ke [[Istana Melaka]] di [[Bukit Beruang]], Melaka.
 
Fungsi Institusi Tuan Yang Terutama (TYT) sebagai Pemerintah Tertinggi Negeri dipamerkan bagi mengimbas kembali kewujudan institusi ini. Muzium Tuan Yang Terutama mempamerkan tentang Sejarah Ringkas Institusi Kesultanan, Pembentukan Penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada Peranan dan Institusi TYT. Secara umum peranan Ketua Menteri Melaka turut diselitkan kerana peranan mereka tidak kurang pentingnya dalam menerajui kerajaan negeri.
Baris 6:
 
Pameran di muzium ini mengekalkan sebahagian daripada kegunaan ruang asal bangunan. Selain dari itu, ia juga mengetengahkan tentang sumbangan TYT terhadap pembangunan negeri seperti perindustrian, pertanian, pelancongan, pentadbiran, keagamaan dan sebagainya yang berkembang dari masa ke masa sambil dibantu oleh setiap [[Ketua Menteri]] dibawah pimpinannya dalam membangunkan negeri Melaka.
 
Lihat juga [[Daftar muzium di Malaysia]]