Wikipedia:Penyelesaian pertikaian: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Laman baru: {{polisi}} Laman ini memberi tunjuk ajar kepada sesiapa yang mempunyai pertikaian atau tidak setuju dengan pengguna lain terhadap sesuatu rencana atau dasar Wikipedia Bahasa Melayu. =...
 
Yk Yk Yk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
Selalunya menjelaskan sebab anda melakukan sebarang perubahan terhadap rencana. Kalau anda ingin huraikan dengan satu ayat sahaja, gunakanlah [[Wikipedia:Ringkasan suntingan|ringkasan suntingan]]; untuk penerangan yang lebih panjang, gunakanlah laman perbincangan dan tambahan "lihat perbincangan" pada ringkasan suntingan.
 
==Langkah 2: Adakah keadaan itu cemas?==
Jika keadaan pertikaian memerlukan perhatian segera, sila laporkan kepada [[WP:AN]] dan minta supaya laman itu dikunci.
 
==Langkah 3:Tenangkan diri==
Kebanyakan keadaan bukannya cemas. Berikanlah sedikit masa kepada anda dan penyunting lain itu. Anda selalunya boleh menyelesaikan masalah itu kemudian. (Anda boleh meyemak laman sejarah rencana itu pada ''bila-bila masa'' dan bandingkan versi rencana terkini dengan versi anda, dan pertimbangkan jika anda ingin menambah lagi maklumat pada rencana)
 
Berfikiran jangka panjang. Selepas setempoh masa anda juga boleh terus menyunting rencana itu, selepas masalah pada masa itu diselesaikan. Dalam masa itu, pertikaian akan berkembang, dan mungkin mernaik perhatian pengguna lain, dan mereka akan memberi pandangan yang berbeza.
 
Ini dapat membantu pengguna baru kerana memberi peluang kepada mereka menyesuaikan diri dengan dasar dan budaya Wikipedia. Tumpukan sumbangan anda kepada rencana di mana anda boleh menyumbang secara membina.
 
==Langkah 4:Berbincang dengan pihak lawan==
Bincangkan isu itu dalam laman perbincangan seseorang pengguna, jangan pula meneruskan pertikaian yang panjang di laman perbincangan rencana itu sendiri.
 
Ketika membinangkan sesuatu isu, ingat agar menenangkan diri. Jika anda menemui pertuturan yang tidak bersopan, jangan membalas dengan tidak bersopan, dan jangan melakukan [[Wikipedia:Dilarang melakukan serangan peribadi|serangan peribadi]]. Pertimbangkanlah hujah penyunting itu dan cuba mencapai tolak ansur. Anggaplah penyunting itu mempunyai [[Wikipedia:Anggaplah niat baik|niat baik]], kecuali anda mempunyai bukti yang kukuh bahawa penyunting itu tidak berhasrat membaiki rencana itu.
 
Langkah berbincang dengan pihak lawan dalam menyelesaikan pertikaian amat penting. Kalau anda enggan berbincang sambil menganggap niat baik pihak itu, ini menunjukkan bahawa anda hanya berhasrat memburukkan pertikaian itu, bukannya menyelesaikannya. Pengguna lain tidak akan menunjukkan belas kasihan kepada pendirian anda, dan anda akan berada dalam kedudukan tidak beruntung jika anda memilih untuk menyelesaikan pertikaian pada langkah seterusnya. Sebaliknya, perbincangan yang serius, walaupun tidak berhasil, menunjukkan bahawa anda benar-benar ingin mencari jalan penyelesaian yang selari dengan dasar Wikipedia.
 
==Langkah 5: Damai sementara==
Cuba mendapatkan [[Wikipedia:Damai sementara|damai sementara]]. Langkah ini penting jika anda ingin meninjau pandangan pengguna lain kerana membolehkan pengguna lain mempertimbangkan isu itu secara adil tanpa dikelirukan oleh suntingan-suntingan terkini.