Parlimen Scotland: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
26 Ramadan (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 78:
Untuk tiga ratus tahun berikutnya, Scotland secara langsung ditadbir oleh [[Parlimen Great Britain]] dan penggantinya [[Parlimen United Kingdom]]; kedua-duanya duduk di Westminster dan ketiadaan Parlimen Scotland kekal sebagai unsur penting dalam identiti kebangsaan Scotland.{{R|Devolution}} Cadangan untuk 'menurunkan' Parlimen telah dibuat sebelum tahun 1914, tetapi ia ditangguhkan kerana [[Perang Dunia Pertama]] tercetus waktu itu. Peningkatan semangat kebangsaan di Scotland ketika lewat 1960-an, menuntut permintaan untuk beberapa bentuk pemerintahan sendiri atau kemerdekaan penuh dan pada 1969, ia mendorong pemerintah semasa [[Parti Buruh (United Kingdom)|Parti Buruh]] di bawah pimpinan [[Harold Wilson]] untuk menetapkan [[Suruhanjaya Kilbrandon]] bagi menimbangkan [[Perlembagaan United Kingdom|perlembagaan British]].{{R|Devolution}} Salah satu objektif utama suruhanjaya tersebut adalah untuk mengkaji cara-cara bagi memberikan lebih banyak kuasa pemerintahan sendiri kepada Scotland di dalam negara kesatuan United Kingdom.{{R|Devolution}} Kilbrandon menerbitkan laporannya pada 1973, mengesyorkan penubuhan Perhimpunan Scoland yang dipilih secara langsung untuk menggubal kebanyakan hal ehwal dalaman Scotland.{{R|Crowther}}
 
Pada masa ini, penemuan minyak di [[Laut Utara]] dan kempen "Ia Minyak Scotland" oleh [[Parti Kebangsaan Scotland]] (SNP) telah meningkatkan sokongan untuk kemerdekaan Scotland. Parti itu berhujah bahawa hasil daripada minyak itu tidak memberi manfaat kepada Scotland seperti yang sepatutnya.{{R|Devolution}} Kesan-kesan tersebut menyebabkan Perdana Menteri Wilson meminta pemerintahnya untuk menurunkan beberapa kuasa perundangan pada 1974.{{R|Devolution}} Walau bagaimanapun, cadangan perundangan terakhir untuk Perhimpunan Scotland telah diluluskan oleh Parlimen United Kingdom hanya pada ahuntahun 1978.
 
Di bawah syarat [[Akta Scotland 1978]], satu perhimpunan yang dipilih akan didirikan di [[Edinburgh]], menyediakan satu pungutan suara yang diadakan pada 1 Mac 1979, dengan sekurang-kurangnya 40% daripada jumlah pengundi memilih untuk memihak kepada cadangan itu. Pungutan suara untuk penurunan kuasa kepada Scotland itu gagal walaupun 51.6% undi memihak kepada Perhimpunan Scotland dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 63.6%, majoriti hanya mewakili 32.9% daripada populasi pengundian yang layak.{{R|79ref}}
 
Sepanjang 1980-an dan 1990-an, permintaan untuk Parlimen Scotland meningkat, sebahagiannya adalah kerana kerajaan United Kingdom dikuasai oleh [[Parti Konservatif (United Kingdom)|Parti Konservatif]], manakala di Scotland hanya beberapa ahli parlimen Konservatif yang dipilih.{{R|Devolution}} Selepas kekalahan pungutan suara pada 1979, kempen untuk Perhimpunan Scotland telah dimulakan sebagai [[kumpulan berkepentingan]], membawa kepada [[Konvensyen Perlembagaan Scotland]] 1979 dengan pelbagai pertubuhan mengambil bahagian seperti gereja-gereja Scotland, parti-parti siasah dan wakil-wakil dari industri mengambil bahagian. Menerbitkan rangka tindakan untuk penurunan pada 1995, Konvensyen itu memberikan banyak asas bagi struktur Parlimen.{{R|ConstitutionalConvention}}
 
Isu penurunan diteruskan dan menjadi sebahagian daripada platform Parti Buruh, di mana pada Mei 1997, parti di bawah pimpinan [[Tony Blair]] itu berjaya memegang kuasa pentadbiran United Kingdom.{{R|Devolution}} Pada September 1997, pungutan suara untuk penurunan kuasa kepada Scotland 1997 diadakan dan jumlah majoriti berjaya diperoleh di mana ia memihak kepada penubuhan Parlimen Scotland yang baru, dengan kuasa cukai berbeza di Edinburgh.{{R|ScotlandReferendum}} Satu pilihan raya telah diadakan pada 6 Mei 1999 dan pada 1 Julai tahun yang sama, kuasa perundangan dari Westminster diturunkan kepada Parlimen baru.{{R|ScotlandElections}}